Friday, 27 November 2015
Hampir Ke Penghujung Tahun 2015 Dah Kiteeee
Berbalik kepada tajuk post di atas pejam celik pejam celik dah hujung tahun 2015 kan? Why so fast? arghhh makin tuaaaa bila nak kawin ni wannyyy oii? Omg Omg hahaha. Yela aku perasan memang macam cepat sangat masa berlalu, rasa macam baru je keje kat company construction ni padahal dah setahun lebih dah. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik, keluarga yang sihat sihat belaka InsyaAllah, kawan kawan yang masuk air hahaha boyfriend a.k.a bakal suami je bulum ada lagi :') InsyaAllah ada jodoh kat dunia adalah kan? bukan taknak cari tapi dah penatlahh tak ada yang nampak macam serius ke aku yang tak ready sebenarnya?? Entahla no comment. bila tengok orang kawin ada anak sedikit sebanyak tu iri hati jugak, tapi bila macam diri sendiri orang sebut pasal kawin dia macam errr krik krik krik. Aku nak kawin ke?? soalan tu duk melayang layang kat kepala hotak. Hmm sekarang ni aku serah kat takdir, aku mampu merancang je ;)
Tahun ni kan banyak jugak dapat invitation wedding, ada wedding officemate, classmate dulu masa kat college, pastuu adalah beberapa kawan yang tak berapa rapat & kenal tapi still jemput jugak hee thanks gaiss ;) InsyaAllah yang mana sempat datang & senang tu aku sampai k! bawak boyfriend siap. kahkah Adoiiii sakit perut lakkkk. Cabut dulu bye!
Monday, 3 August 2015
SYAWAL 19
Ohh yaaa kat bawah ni aku ade attach some gambar semasa bulan Syawal menjelmai nya pun adoii, hee. Saja nak share. Mana yang berkenan PM laju laju k! hahaha :p
![]() |
Hee, ni masa aku buat makan makan sikit kat umah nenek. SO beberapa jemputan yang diajak bergambar untuk kenangan dan tanda sokongan beliau terhadpaku diriku. Ceahhhh! hahaha Thanks gais! ;) |
![]() |
Yaa Family Potrait, ada yang takde, so kite snap mana yang mampu je kayy. Love u alls :* |
![]() |
Si encuri hati, oopss wifey dia kat sbeelah kot. Mahap kaka ;p |
![]() |
Alamak, golap pulak gambo ni haa. Sosah jolahhh heee. Muzzamil (W.A.R.I.S) & Izzati. Congrats! |
![]() |
Actually ni gambar first raya, nampak tak macam sedondon sedindin dan sebagainya??? hahaha Selamat Hari Rayaa ;) |
![]() |
heee janagan kata hakak tak payung uollssss. Selfiaq sedaih :D |
Friday, 19 June 2015
Lawat Kawasan :p
So harini aku kerja, tapi halfday jee. ade lagi 24minit sebelum nak cabut balik. Aku mengantuk gileerrr harini siot. Haihh macam kena gam gajah je mata ni. Tapi aku buat buat cool je, Masuk meeting dengan lakaran senyuman yang manis lepastu paling lambat masuk lak tu haha. Nasib baik boss aku cool :D siap tarik kerusi ajak duk sebelah dia, how sweet. Melting... puih hahaha. Boring pun ada ni, kerja semua dah settle. So aku macam duduk saja, goyang kaki, main fon sampai fon tu pun dah meluat tengok muka aku harini. Sebab harini aku spend time dengan dia lama sangat kahkah. Hmm petang ni ingat nak pigi bazaar Ramadhan lah. First day haritu pergi pehhhhh sesak habiss! aku tak dapat lansung tengok makanan, tengokk oranggg je. Sambil tu usha usha jodoh *opps tergatal :p Memang ramai padat maksima sangat time tuh! lepastu makanan air semua habiss licinnn. last last aku balik dengan berbekalkan laksa 2 bungkus, dengan longlainyaa, jammed lagii nah 730 sampai rumah. Orang dah berbuka aku terkedek kedek nak masuk rumah. hahaha sadis angat.
So harini ingat nak ikut ayah p bazaar, then ajak g awal sikit, takdelah nak bersesak sesak sangat. Kalau pegi ngan ayah ni rasa safe sikit ahahaha saving pun iyeee :p memandangkan takde husband lagi, ayahlah heroku supermanku. hihihi lebyouuu ayahh muahh :* lebyouu kat ma jugakkk! cium mulot sikit. kikiki, ma kalau baca tengok aku lebyou kat ayah sorang je ni mesti dia touching punyaa hahaha :D Gila tak sayang woii, dunia akhirat aku tu ;') So pada korang yang ada mak ayah tu pleaseeee sangat jaga hati dorang, happykan dorang, tolong dorang. Aku taknak hujung cerita nanti korang nyesal je. Aku pun bukanlah anak yang baik sangat pun, pernah gak tinggi suara, marah, masam muka dengan mak ayah aku. Tapi lepastu akau macam okay sendiri dan baik baik balik dengan dorang, takkan lamanya dorang pun pandai gak pujuk anak anak dorang. Jaga hati semuaa :'). Memang takkan boleh pisah punya, sejam tak nampak pun aku dah mengagau gelisah dok carii. Ni masa belum kawin, aku risau je kalau dah kawin nanti, macam mana lah life aku kan? Aku tak kira, aku nak ajak gak husband aku duk sekali dengan mak ayah. Kalau taknak takyah kawin! hahahaha ;p Takpun cari rumah dekat dekat, senang aku nak balik rumah mak ayah bila gaduh, takpayah la si husband nak hantor. hahahah kalau hilang pun tak payah nak cari jauh jauh. ye dokk? Sooooo siapa nak kawin dengan aku ni?? Pm laju laju k! hahahaha
Okaylah, nak standby balik. Lagi 9 minit ni. hihihi tazabar sangat wei. Ada masa aku update lagi dengan cerita cerita yang sensasi okayyy. Disebabkan sekarang ni bulan Ramadhan, so takde gossip yee. Kedai gossip tutup untuk sebulan, lepas ray kita bukak kedai balik hahah no worries. Dan ada sedikit pesanan penaja mohon kawan kawan sekalian buat buat lupa untuk sbeulan no Mekdi, Kepsi, Dominos & Pijahat. Thanks I Love You. bye Wassalam, peace yawwww!
Saturday, 10 January 2015
DUA KOSONG SATU LIMA ;)
Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ;) Alhamdulillah, hari ini 11 January 2015 aku masih lagi bernafas dia atas muka bumi ini. Syukur! agak lama jugak aku tidak menjenguk en belogg ku yg kacak ini. Almaklumlah, kerjaa jadi masa untuk benda remeh temeh macam ni tak berapa nak ada. Tapi hari ini, tetiba aku rindu nak berceloteh. Jadi aku rasa en belog lah tempat sewajarnya untuk aku berceloteh. Hehe ;)
Dua kosong satu lima, tahun baru jadi mesti ada azam baru kan? Hm bagi aku pulak tahun ni bukan azam, cuma misi. Aku harap sangat misi aku yg pertama ini akan berjaya dan dirahmati. InsyaAllah, doakan aku :) sokongan dan doa yg aku harapkan. Sebenarnyaaaa aku letih sangat harini, 1 hari duk berjalan sana sini. Naik lenguhla kaki ni, hehe. Saja release tension, have fun. Padahal takde tension mana pun. Biasalah kerja kan, kena usaha lebih lagilah nampaknya tahun ni. Sebab dah ade misi kihkih.
Tahun baru ni aku dikejutkan dengan satu berita yang menyedihkan, kawan sekolah aku Shahrinah bt Arab Ali terlibat dalam 1 kemalangan kat Kuala Lipis. Berderau darah bila baca berita tu, suami dengan adik ipar dia meninggal kat tempat kejadian Al-Fatihah. Semoga roh kedua duanya dicucuri rahmat dan ina semoga engkau kuat untuk meneruskan kehidupan kau yang akan datang. InsyaAllah, aku sebagai kawan akan support kau dari belakang :') tak lama lepastu seorang lagi kawan aku Saiful kena masuk ward sebab denggi. Kenalan wechat pernah jumpa dan pernah kenal. So agak risau jugak bila dapat tahu berita ni. Sekarang sakit bukan sembarangan, ada yang nampak biasa tapi itu yang bahaya. Semoga kedua duanya cepat sembuh, aku doakan. InsyaAllah ;)
Aku harap aku kuat untuk menerima ujian hari hari yang akan mendatang. Walau pahit manis masin mahupun tawar, redhaa mengatasinya. Dengan izin Allah.
Baiklah, cukup rasanya setakat ini. Mata mengantuk, badan letih rasanya macam dah boleh tidur. So aku tidur dulu! Gudnite, Wassalam. Boi ~