Thursday, 22 June 2017

Homemade Popiah Seaweed ;)




Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, hehehehe hi hi hi. Ai kembali lagiiii, kali ni ai nak share resepi cewahhhhh resepi konon. Kahkahkah. Okay korang perasan tak kalau kat mall ada jual popiah seaweed yang by gram tu?? Serious yang itu mahal weh, dapat pun tak banyak. Kunyah 5 6 kali dah settle :( So disini ai nak share resepi & cara nak buat popaih seaweed yang sedap enak lazat dan disukai ramaii gitteww. Heheheh

Baiklahhh, bahan bahan yang kita kena ada untuk buat popiah seaweed ini adalah :

1) KULIT POPIAH - tak kisah size/brand apa pun, ikut pada kehendak korang hehehe. 1pkt akan ada 40slices kalau untuk yang brand bawah ni lah.


Image result for kulit popiah


2) SEAWEED WRAP - tak kisah jugak apa brand, tapi cari yang ada logo HALAL ye gais ;) biasa setiap packaging ada 10pcs/pkt & kalau boleh size follow size kulit popiah.

Image result for seaweed sheet
                                                     


3) TELUR - quantity telur yang nak digunakan ni depends kepada berapa peket seaweed wrap korang, so macam ai aritu ai guna 3biji untuk 4pkts seaweed.


Image result for telur



Alright, actually bahan dia tak banyak pun. 3 jenis ni jee hehehe. So now cara cara nak buat :


1) Firstly, ambil sekeping kulit popiah, letakkan atas dulang ke apa. Kalau ai, letak atas tudung periuk je hahahahaha. Nak keje mudah kata kau.

2) Kemudian, pecahkan telur. Gaul (gaul ke? hahaha) macam nak buat telur dadar tu. Korang boleh la buh garam sikit ke/blackpepper kalau nak ada rasa. Macam ai dah tak buh dah, sebab seaweed tu dah ada rasa. Telur ni actually dia akan jadi gam untuk popiah seaweed ni. Lepas gaul, korang ratakan kat atas kulit popiah tu tadi, seluruh tempat ehh. Tapi jangan banyak sangat nanti jadi lembik susah nak gunting.

3)  Lepas sapukan telur tu, ambil seaweed wrap tadi tu lapiskan atas kulit popiah yang dah disapu telur tadi tu & makesure melekat.

4) Dan ikuti balik dengan sapuan telur & kulit popiah. Taraaaaa siap sekeping hehehehe.

5) Bila dah siap tu, so korang boleh lah gunting lapisan popiah dengan seaweed tu ikut kesukaan korang, macam ai gunting 4segi je. Hehehe. Kalau gunting kecik kecik lagi comel, senang nak ngap. Kahkahkah.

6) Standby panaskan minyak, minyak kena cukup ye. Sebab kulit popiah ni kuat makan minyak, Bila minyak dah panas boleh lah start menggoreng. Tak payah goreng lama sangat sebab kulit popiah ni nipis, takut nanti hangus ireng pulak popiah seaweed korang hihihi. Bila dah nampak keperang tak berapa perang tu makan bolehlah angkat dan bersedia untuk disantap. gittew :D

Haaaa senangkan? Yelahhh senang je sebenarnya, nak buat dengan taknak jee :p So apa lagi p buat sekarangggg hahahha. Sekian saja resepi meletup hangit dari aiii. Kahkahkah babaiiii. Wassalam <3


RAMADHAN hampir meninggalkan kita :(

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Selamat Pagi Jumaat & Salam 1 Malaysia. Hari ini 23/6/2017 Jumaat terakhir bulan Ramadhan untuk tahun ni. Allahu cepat sangat masa berlalu kan? Rasa macam baru je jumpa Ramadhan ni tup tup nak pergi dahh :( Harap harap ada kesempatan lagi nak jumpa Ramadhan tahun depan, mungkin masa tu berdua atau bertiga? Ciaciaciaaaa hahahaha :p Hampir sebulan lebih gak ai tak update pape kat belogg kan? Heee, busy lahhh. Biasalah tu, orang bekerjaya. Even surirumah pun still busyy hehe ;)

Alhamdulillah Ramadhan tahun ni dapat gak ai buat Terawih kat masjid, walaupun tak hari hari tapi adalahhh merasa hehe. Macam tahun lepas tak pergi lansung! Taktau lah kenapa ek? Tahun ni masih ada kudrat, mampu & semangat Ramadhan tu lain maciam sikit Alhamdulillah so adalah kesempatan tu. Syukurr sangat. Puasa tahun ni takde apa kelainan pun, still sama macam yang sebelum ni. Mungkin ada 1 kelainan, tapi ai taknak cerita sebab buat masa sekarang ni biarlah ai dan kelainan tu je yang tahu hahahah. Over tak?? Harus kkkkk! Semoga dipermudahkan apa je urusan ai sefamily dunia & akhirat. Aminn.

Baiklahh, tahun ni merupakan puasa yang paling mewah sekali untuk family ai -_- hahahaha. Nak tau nape ai cakap cenggitu? Haaaa meh sini nak cerita. From 1st Ramadhan sampai sekarang ayah ai tak pernah miss pergi Bazaar Ramadhan okay! hahahaha, gemar nau membazaar. Sehari RM50 sekali belanja, kalau dah sebulan? Nahhhh. Hahahaha tapi ayah bukanlah beli untuk membazir. Dia beli & bagi anak-anak buah dia makan minum. Hari hari mesti tanya dorang nak makan ape semuaa. Dia kata setahun tu ada sebulan je boleh buat macam ni and dia tak kisah kalau belanja bab bab makan ni. Sebab tu kalau ai rasa nak makan something ke apa dia mesti akan belikan, ai cakap je tuu tak suruh beli pun. Esoknya terus beli hahaha. Sweet kan? Itulah ayah ai, orang yang kadang kadang annoying tapi sangat sweet. hehehe I Love You Ayah <3 So for my future husband you tau kan ape ai nak? kahkahkah :p

So far, how persiapan raya korang? Ai macam biasa je, more to bersederhana. Sejak umur makin banyak ni feel raya macam on off je. Mungkin sebab dulu terima sekarang memberi kot, so macam murung sikit. Hahahahahaha! Haippp tak baik kan cakap macam tu, ada lebih ai bagi takde ai diam je lalalalala :p Alhamdulillah untuk tahun ni masih ada duit raya untuk adik adik 18tahun dan kebawah memandangkan rezeki ai ada lebih sikit, so ai share. Sharing is caring kan :') Hahahha. Tapi makesure kalau korang nak duit raya dari ai, korang kena tiyom tangan ai dulu. Tak kisahlahhh laki ke pompuan. Hahahahahaha ai pakai glove nanti. Untuk yang 5tahun kebawah kena tiyom pipi k, awww tashabar nak kena tiyom. Hahaha mesti comel comel gewammmm! Eh sorry terrover hihihi.

By the way, harini merupakan last day ai bekerja sebelum cuti raya seminggu. Hehhe, harini pun halfday je. Kerja pun takde sangat, just settlekan apa apa yang outstanding je. Tak sabar nak cuti sebab nak tidur secukupnya, hahhahaha. Ai rasa macam lama ai tak tidur tauu. Asyik mengantukkk je. Selalu sangat tidur lambat kan, so ai amat yakin yang ai sekarang tak cukup tidur :( Jadi kepada cutiii, mu tunggu ai datang. Hahahahah. For those yang kenal & nak datang raya ayuhh ws or roger ai. InsyaAllah, ai akan layan sebaik mungkin. Yang belum kenal & kot kot nak kenal tu hehehe boleh je datang raya jugak, no problemmm ;) Ai sambut dengan tangan yang terbuka.

Sebelum ai stop menaip, dikesempatan ini ai nak susun 10 jari tangan & 10 jari kaki memohon kemaafan buat insan insan yang ai pernah sakiti, kasari & khianati mungkin secara sedar mahupun tak. Ai manusia yang lemah memang tak pernah lari dari buat kesilapan dan ai juga adalah sejenis manusia yang payah nak kalah, jadinyaaa ai memohon ampunn dari hujung rambut hinggalah hujung kaki jari kelingking. Ai harap sangat salah silap ai dapat dimaafi :') huhuhu buat supplier supplier ai yang baik hati bagi duit raya, gift voucher & buat boss ai yang bagi fruits hamper tu haishhh thank you so so much kerna mengingati & menyayangi diri ini auch! hahaha InsyaAllah ada rezeki panjang umur kita jumpa Ramadhan tahun depan. Doakan yang baik baik InsyaAllah maka baiklah yang datang. Wassalam & Selamat Hari Raya! yabedabeduuuuu <3