Thursday, 22 June 2017

Homemade Popiah Seaweed ;)




Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, hehehehe hi hi hi. Ai kembali lagiiii, kali ni ai nak share resepi cewahhhhh resepi konon. Kahkahkah. Okay korang perasan tak kalau kat mall ada jual popiah seaweed yang by gram tu?? Serious yang itu mahal weh, dapat pun tak banyak. Kunyah 5 6 kali dah settle :( So disini ai nak share resepi & cara nak buat popaih seaweed yang sedap enak lazat dan disukai ramaii gitteww. Heheheh

Baiklahhh, bahan bahan yang kita kena ada untuk buat popiah seaweed ini adalah :

1) KULIT POPIAH - tak kisah size/brand apa pun, ikut pada kehendak korang hehehe. 1pkt akan ada 40slices kalau untuk yang brand bawah ni lah.


Image result for kulit popiah


2) SEAWEED WRAP - tak kisah jugak apa brand, tapi cari yang ada logo HALAL ye gais ;) biasa setiap packaging ada 10pcs/pkt & kalau boleh size follow size kulit popiah.

Image result for seaweed sheet
                                                     


3) TELUR - quantity telur yang nak digunakan ni depends kepada berapa peket seaweed wrap korang, so macam ai aritu ai guna 3biji untuk 4pkts seaweed.


Image result for telur



Alright, actually bahan dia tak banyak pun. 3 jenis ni jee hehehe. So now cara cara nak buat :


1) Firstly, ambil sekeping kulit popiah, letakkan atas dulang ke apa. Kalau ai, letak atas tudung periuk je hahahahaha. Nak keje mudah kata kau.

2) Kemudian, pecahkan telur. Gaul (gaul ke? hahaha) macam nak buat telur dadar tu. Korang boleh la buh garam sikit ke/blackpepper kalau nak ada rasa. Macam ai dah tak buh dah, sebab seaweed tu dah ada rasa. Telur ni actually dia akan jadi gam untuk popiah seaweed ni. Lepas gaul, korang ratakan kat atas kulit popiah tu tadi, seluruh tempat ehh. Tapi jangan banyak sangat nanti jadi lembik susah nak gunting.

3)  Lepas sapukan telur tu, ambil seaweed wrap tadi tu lapiskan atas kulit popiah yang dah disapu telur tadi tu & makesure melekat.

4) Dan ikuti balik dengan sapuan telur & kulit popiah. Taraaaaa siap sekeping hehehehe.

5) Bila dah siap tu, so korang boleh lah gunting lapisan popiah dengan seaweed tu ikut kesukaan korang, macam ai gunting 4segi je. Hehehe. Kalau gunting kecik kecik lagi comel, senang nak ngap. Kahkahkah.

6) Standby panaskan minyak, minyak kena cukup ye. Sebab kulit popiah ni kuat makan minyak, Bila minyak dah panas boleh lah start menggoreng. Tak payah goreng lama sangat sebab kulit popiah ni nipis, takut nanti hangus ireng pulak popiah seaweed korang hihihi. Bila dah nampak keperang tak berapa perang tu makan bolehlah angkat dan bersedia untuk disantap. gittew :D

Haaaa senangkan? Yelahhh senang je sebenarnya, nak buat dengan taknak jee :p So apa lagi p buat sekarangggg hahahha. Sekian saja resepi meletup hangit dari aiii. Kahkahkah babaiiii. Wassalam <3


RAMADHAN hampir meninggalkan kita :(

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Selamat Pagi Jumaat & Salam 1 Malaysia. Hari ini 23/6/2017 Jumaat terakhir bulan Ramadhan untuk tahun ni. Allahu cepat sangat masa berlalu kan? Rasa macam baru je jumpa Ramadhan ni tup tup nak pergi dahh :( Harap harap ada kesempatan lagi nak jumpa Ramadhan tahun depan, mungkin masa tu berdua atau bertiga? Ciaciaciaaaa hahahaha :p Hampir sebulan lebih gak ai tak update pape kat belogg kan? Heee, busy lahhh. Biasalah tu, orang bekerjaya. Even surirumah pun still busyy hehe ;)

Alhamdulillah Ramadhan tahun ni dapat gak ai buat Terawih kat masjid, walaupun tak hari hari tapi adalahhh merasa hehe. Macam tahun lepas tak pergi lansung! Taktau lah kenapa ek? Tahun ni masih ada kudrat, mampu & semangat Ramadhan tu lain maciam sikit Alhamdulillah so adalah kesempatan tu. Syukurr sangat. Puasa tahun ni takde apa kelainan pun, still sama macam yang sebelum ni. Mungkin ada 1 kelainan, tapi ai taknak cerita sebab buat masa sekarang ni biarlah ai dan kelainan tu je yang tahu hahahah. Over tak?? Harus kkkkk! Semoga dipermudahkan apa je urusan ai sefamily dunia & akhirat. Aminn.

Baiklahh, tahun ni merupakan puasa yang paling mewah sekali untuk family ai -_- hahahaha. Nak tau nape ai cakap cenggitu? Haaaa meh sini nak cerita. From 1st Ramadhan sampai sekarang ayah ai tak pernah miss pergi Bazaar Ramadhan okay! hahahaha, gemar nau membazaar. Sehari RM50 sekali belanja, kalau dah sebulan? Nahhhh. Hahahaha tapi ayah bukanlah beli untuk membazir. Dia beli & bagi anak-anak buah dia makan minum. Hari hari mesti tanya dorang nak makan ape semuaa. Dia kata setahun tu ada sebulan je boleh buat macam ni and dia tak kisah kalau belanja bab bab makan ni. Sebab tu kalau ai rasa nak makan something ke apa dia mesti akan belikan, ai cakap je tuu tak suruh beli pun. Esoknya terus beli hahaha. Sweet kan? Itulah ayah ai, orang yang kadang kadang annoying tapi sangat sweet. hehehe I Love You Ayah <3 So for my future husband you tau kan ape ai nak? kahkahkah :p

So far, how persiapan raya korang? Ai macam biasa je, more to bersederhana. Sejak umur makin banyak ni feel raya macam on off je. Mungkin sebab dulu terima sekarang memberi kot, so macam murung sikit. Hahahahahaha! Haippp tak baik kan cakap macam tu, ada lebih ai bagi takde ai diam je lalalalala :p Alhamdulillah untuk tahun ni masih ada duit raya untuk adik adik 18tahun dan kebawah memandangkan rezeki ai ada lebih sikit, so ai share. Sharing is caring kan :') Hahahha. Tapi makesure kalau korang nak duit raya dari ai, korang kena tiyom tangan ai dulu. Tak kisahlahhh laki ke pompuan. Hahahahahaha ai pakai glove nanti. Untuk yang 5tahun kebawah kena tiyom pipi k, awww tashabar nak kena tiyom. Hahaha mesti comel comel gewammmm! Eh sorry terrover hihihi.

By the way, harini merupakan last day ai bekerja sebelum cuti raya seminggu. Hehhe, harini pun halfday je. Kerja pun takde sangat, just settlekan apa apa yang outstanding je. Tak sabar nak cuti sebab nak tidur secukupnya, hahhahaha. Ai rasa macam lama ai tak tidur tauu. Asyik mengantukkk je. Selalu sangat tidur lambat kan, so ai amat yakin yang ai sekarang tak cukup tidur :( Jadi kepada cutiii, mu tunggu ai datang. Hahahahah. For those yang kenal & nak datang raya ayuhh ws or roger ai. InsyaAllah, ai akan layan sebaik mungkin. Yang belum kenal & kot kot nak kenal tu hehehe boleh je datang raya jugak, no problemmm ;) Ai sambut dengan tangan yang terbuka.

Sebelum ai stop menaip, dikesempatan ini ai nak susun 10 jari tangan & 10 jari kaki memohon kemaafan buat insan insan yang ai pernah sakiti, kasari & khianati mungkin secara sedar mahupun tak. Ai manusia yang lemah memang tak pernah lari dari buat kesilapan dan ai juga adalah sejenis manusia yang payah nak kalah, jadinyaaa ai memohon ampunn dari hujung rambut hinggalah hujung kaki jari kelingking. Ai harap sangat salah silap ai dapat dimaafi :') huhuhu buat supplier supplier ai yang baik hati bagi duit raya, gift voucher & buat boss ai yang bagi fruits hamper tu haishhh thank you so so much kerna mengingati & menyayangi diri ini auch! hahaha InsyaAllah ada rezeki panjang umur kita jumpa Ramadhan tahun depan. Doakan yang baik baik InsyaAllah maka baiklah yang datang. Wassalam & Selamat Hari Raya! yabedabeduuuuu <3

Friday, 19 May 2017

Ladiess! Jauhi suami orang

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Rabu. Hahahahaha. Hari ini 17/5/2017, jam menunjukkan pukul 2:59pm dan aiiii is very very very mengantuk tahap gile babeng tak hingat. Maka dengan itu, tercetuslah idea untuk melawat belogg ai yang kerap dipinggirkan ini. Huhuhu. So how your dayyy gaiss??? Hope semuanya baik baik saja dehh ;) Ai pun okay je ni, even ai rasa macam kepala hotak ni serabut sangat. Tapi not sure serabut pasal hape. Puas gak dok fikir -_- Tapi ai jenis lantak lah hahahaha, dah tak mampu nak fikir.

Alright! Entry kali ni perasan tak macam sesuatu? hahahahaha, entahlahh nakk ai pun taktau kenapa idea ini yang keluar. Mungkin banyak kali TERkena kot. Ops hahahha. Tapi memang awal awal ai pesan especially for gadis yang masih belum berkahwin, please please & please jauhi suami orang. Memang kata 'kalau dah jodoh' tapiii kalau boleh elak pleaselahhhh sangat sangat elakkan. Bukan apa, takut nanti kena balik kat kita dikemudian hari, tu je. Lagipun korang tak kesian ke dekat wife lelaki tu?? Perempuan jugak k, sama macam korang, macam aii ni haa. Kesian kannn hmm :( Tapi entahlahhh, kekadang ada jenis perempuan yang tak heran status suami orang tu, main nak sebat je. Tak baiklah weii serius tak baik ish ish ish. Yang lelakinya pun takyah cakap lah, mengayat bajet macam single bujang tra tang tangg. Padahal bini dengan 3 anak ada dok kat rumah tu haa tengah tengok tv, yang kau?? menggatal cari anak dara lain. Jadah ape?? Masa mula mula nak ngorat wife kau dulu kemain gak mengayat. Sudah sudah lahhh weiii.

Ai punya cerita ni pun base on my own experience jugak, selalu je terkena. Tapi ai sempat kaji sebelum jauh tersasar kahkahkah. Ai kuat stalk ok, ai memang takut gile kalau sangkut dengan suami orang ni. Bukan je suami orang, even boyfriend orang pun ai takut kalau ai TERRRambil atau TERRRRcuri. Benda first yang ai akan fikir dulu adalah hati wife/girlfriend lelaki tu. Mesti hancur luluh gile kan bila dapat tau suami/boyfriend dia curang kat belakang? Nauzubillah, mintak jauh k gaiss. Ai ade je kenal dengan bebebebeberapa orang suami orang ni hahaha, yang pada mulanya ai ingat dorang ni belum kahwin ok! Lagak memang tak nampak macam bapakk orang lansung. Nampak tak banyak dia punya beberapa tu??? hahaha Memula ai taktau pun dia suami orang, tengok mengayat semacam je so ai pun nekad gigih stalk identiti lelaki tersebut sampai dapat hahaha bukan ape risau termakan ayat dia je. Bahaya weiiiii bahaya. Bila dah dapat tau kan, maka ai perlahan lahan blah dan sindir kasi panas pastu block! Hahahah puas wei hati serius. Ai kekadang terfikir, masa dorang dok syahdu mengayat permpuan lain tu dorang ade tak ingat wife dia kat rumah? Anak anak dorang? Eeeee tolonglah ekkk, jadi lelaki biar yang bertanggungjawab sikit, jangan keje nak hancurkan hati orang je terutama sekali perempuan. Masa belum dapat bukan main ayat melambung tinggi, lautan api sanggup redah, hanya kau yang kucinta bla bla bla, kau yang pertama n terakhir lah konon. Last last, dah dapat dah kahwin anak ade 3 boleh pulakkk merewang cari lain -_- 

Sebenarnya ai pun takdelah 100% nak salahkan lelaki, kekadang ada juga perempuan yang dah tau berkawan dengan lelaki yang berstatus suami orang tapi tak jaga batas. Jenis tak sedar diri asyikk nak menggoda. Desperate sangat pun janganlah dengan suami orang. Agak agaklah kakkk, ramai lagi yang solo rasanya. Suami orang jugak dia nak goda kenyit mata bagai. Kes macam ni banyak sangat jadi, yang jadi depan mata ai pun ada. Pastu yang kite pun bagilah nasihat itu ini konon deme nak dengarlah & pertimbangkan ke. Memang idokklerrr weii, dia buat bodo lagu tu gakk. Lagi menjadi jadi kegatalannya. Taktau dah nak kata apa, kau hadap jelah risikonya nanti. Langit tak selalunya cerah awakkk, sepandai pandai tupai melompat ke tanah jugak jatuhnyaa. Mungkin akibatnya tak dapat sekarang, akan datang??? Janganlah cakap macam awak tu besar sangat kat dunia ni, tak baikk ;) Jadinya, sebelum perkara buruk menjadi semakin buruk better korang yang perempuan perempuan ni elakkan diri dari bergaul dengan kawan kawan lelaki yang berstatus suami orang tu. Tolongggggg sangat, ai is merayu ok! Kalau atas dasar kerja please professional, jangan nak tangkap cintan rindu apelah bagai. Sebab bila sekali kau dah terungkap ayat ayat cintan cintun ni confirm!! akan berlarutan. Trust me. Ai taknak kaum sejenis ai terjebak, dipandang buruk oleh masyarakat bila jadi kes rampas rembat suami orang dan lain lain lagi ni, cerita macam ni nampak sangat tak manis. Kesianlah kat orang yang terluka sengsara akibat perbuatan macam ni, macam mana wife anak anak pendam rasa sakit hati tu. Ada yang jenis nak pertahankan rumah tangga sanggup hadap je cerita suami dia dok menggeletis dengan permpuan lain walaupun hati tu retak sangat demi anak anak katanya. Memang tabah jenis perempuan cam gini, ai pun tak setabah tu rasanya :'(

Oleh itu, kita sebagai WANITA, GADIS, PEREMPUAN kenalah pertahankan maruah kita. Jaga pergaulan kita, even kita suka pun kat someone yang berstatus suami orang tu tolonglah lupakan hasrat tuu. Fikir kedepan dan masa depan kita sendiri, perasaan tu kita boleh kawal. Maka kawal lah sebaiknya, kalau ada lelaki nak berkawan nak kenal kenal ke ape makesure korang selidik latar belakang dorang sedetail detailsnya (kau tgk ayat aku hahahah) kalau korang taknak benda macam ni jadilah kan. Bila dah selidik memang dah confirm dia bukan suami orang, then boleh teruskan je relationship korang tu. Dan ai doakan semoga korang berbahagia hendaknyaaaa gittew Aminn. Dann kepada suami suami orang yang rasa kau suami orang dah kahwin ada anak semua, tolong behave ye. Tolong fikir perasaan wife & anak anak kau sebelum kau bertindak nak pasang scandal ke perempuan simpanan bla bla bla. Kau kena ingat tau, kau tak selamanya muda haaa. Ingat sekarang macho dah tua nanti pun macho ke weii? Sekarang memang semua perempuan nak pandang, nanti dah tua ada? Isteri kau tulah yang bela kau nanti, jadi sedor sikit. Simbah air kat muka tu bagi sedor. Sama sama banteras k, yang perempuan elak yang si lelaki pulak kawal. Kawal rasa gatal korang tu, walaupun kau digoda dengan begitu tragis sekali. Cuba pertahankan iman tu. Kalau dah tak tahan ai takleh cakap ape. Tu dah jadi cerita antara korang lah hahahaha. Ai sebagai seorang perempuan ai cuma nak share ape pendapat & ape yang ai rasa je, yang nak terima nasihat dengan hati yang terbuka terima kasih sangat sangat ai ucapkan. Yang taknak terima sama sama ai ucapkan hahahaha, pandai pandailah kauu. Dah besarrrr! 

Baiklahhh, mungkin setakat ni je dulu coretan ai. Sesungguhnya apa yang ai coretkan ini tiada kena mengena untuk yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Ini semua pengalaman, rasa & hasil dari pemantauan ai sendiri. Bagi yang terasa ai mohon kemaafan, nak puasa dah nii. Maafkanlah ekk?? hehehe. Ai memang takde niat nak sakitkan hati mana mana pihak pun. So sekian sahaja, Wassaalam. See yah! <3

Tuesday, 18 April 2017

Pertemuan & Perpisahan 😒



Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Selamat Petang, Salam 1 Malaysiaaaa! Hari ini 8/4/2017, bersamaan hari Sabtu 5:39pm (jam fon ai, cepat 11mnt hihi) Fuhh Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus hidup dan berrrrnafasss πŸ™‚ (tarik nafassss dan lepass haha) SYUKURRR! Sekarang ni ai tengah golek golek sambil tu ai ade sedikit cerita nak dikongsikan dengan encik belogg yensem nii. Cerita tak berapa menarik, tapi ai pedulik hape k! Kahkah πŸ™Š

Baiklah, berbalik pada title entri hari ini 'Pertemuan & Perpisahan'. Pertemuan adalah sesuatu yang menyenangkan manakala perpisahan pulak sebaliknya. Hari ini ada 2 kisah perpisahan yang ai harungi 😒 memang sedihh tapi dah lumrah kan, yg bertemu pasti berpisah. Tapiiii salah 1 perpisahan yg ai hadap ni macam tak dijangka, agak mengejut dan tak diduga pun yang kita akan berpisah macam tuu je. Without any words, salam salam muah sini sana sikit ke, nak say byee pun tak dapat. Mungkin takdir mengatakan kami berpisah macam tu kot. Sedih memang sedih laa, almost 2 1/2 years ktorang kenal, kerja sama sama, gossip of course, mengumpat (walaupun dah tau berdosa πŸ˜…), share pendapat n meluahkan rasa. But noww no more dia. Hmm tak tau lah dapat jumpa lagi ke tak, kalau ade kesempatan mungkin boleh jumpa then story apa masalah sebenar bla bla bla at the same time nak jugak mintak maaf. Ai ni kekadang mulut hanat gak, bila marah tak dapat kawal emosi macam macam bahasa ai keluar 😁 Ai nak cerita apa yg jadi sebenarnya, tapi idk how to start. Benda yg jadi ni pun mungkin agak mengaibkan dia. So ai decide to tak cerita n cukuplah sekadar ai tahu ape n kenapa ia terjadi gittew. Ape ape pun ai wish all the best untuk dia n future. Love yah ❤️ takecare.

Another perpisahan is, trainee kat company ai. Such a good n handsome boy. Sangat caring & pandai hormat org. Chinese boy okay, tapi dia bertutur in malay sangat cool! Pelat tu tak dengar sangat. Hari ni last day dia kat GDB as a trainee setelah hampir 6bulan dia praktikal. Half n year okay hadap muka diaa πŸ˜‚ nasib handsome, takdelah jemu sangat kahkahkah (jgn kecam) masa dia ada dulu ape saja benda berat yg kakak kakak dia ni takleh angkat dia lah mangsanya hahaha, sado k! πŸ’ͺ🏻 bila dengar ai terbatuk batuk ke hape mesti tanya "u okay haa?" Hahaha kiyut gile babik πŸ™Š caring sangat, bukan dengan ai jee dengan semuaa officemate dia ☺️ so semalam kita pun celeb lah dia punya last day, nampak happy je dia walaupun dalam hati ade rasa siiikit sedih (ai agak je ni haha) btw, good luck for him. Semoga apa yg dia impikan tercapai. HWAITING! Haha πŸ•ΊπŸΌ

Alright, cukup disini duluu. Ai pun tak solat Asar lagi ni. Hee 😬, gtg and jumpa lagi Encik beloggg. Babaii Wassalam πŸ˜‰ ai belanja gambar k 😝

Farewell HONG! ;)



GDBSB Dinner! 20/1/2017
 

Monday, 27 March 2017

Makkk aiii 2017 dah wei -_-

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh! Selamat Petang, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia. Hari ini 27/3/2017 bersamaaan hari Isnin jam 4:20pm (jam opis ai) ai sempatlah menyinggah & menjenguk En Belogg ai yg tak seberapa yinni. Walaupun ai kerap abaikan dia tapi ai tak pernah lupa password nk login blogger ni meskipun 5 6 kali ai try tak lepas -_- hahahaha. Nampak tak yg ai masih muda remaja ingatannya? Even umur tak berapa nak muda. Its ok, tak kacau org pun lalalala. Hokayyy ini adalah coretan pertama ai untuk 2017! Wahh sekejap sangat masa tu berlalu, sekarang dah hampir end of March. Jangan cepat sangat boleh tak?? Ai belum jumpa calon nak kawin ni weiii hahahaha. Tapi takpe pun sebenarnya, ok je jadi gadis single ni tak banyak masalah, otak tak sakit & bebas nak kawan dgn sesape yg ai suka gittew. Yg tak tahannya mulut org je, kepochi nak mati. Hentak sekali baru dia tau, busbody nau tau! Tak suka pesen pesen orang gini. Mulut orang mmg tak boleh tutup, tapi kalau dah tak boleh sabar nanti ai tutup pakai kaki je hihihihh. 

Actually takde ape cerita yg menarik pun nak dikongsikan, kalau ade pun malas nak kongsi hahaha. Tapikannnn kalau tak kongsi kang mcm takde benda lak nak story ye dak? Nak story ke tak ek? Hmmmm, sakit kepala ni. Malas lah story dulu -..- Esok esoklah, dari lunch tadi sakit kepala. Rasa tertepek je kat kepala ni. Berat mcm ada batu, esok esok ni kalau tak tahan terpaksa gak lah melawat doctor. Melawat takpe lagi, ni kang dia bagi buah tangan -_- hmmm tu yang tak kenan tu. Ai tak kuad laaa, tak suka makan ubat! Tapi nak tanggung sakit tak mampu pulak, kang balik ngadu dengan ma ayah mesti dorang suruh g klinik gak tu. Bila ai cakap taknak mula lah buka cerita sedih bla bla bla bla. Alahaiiiiii nasib sayang tauuu.

Baiklah, stop kat sini dululah ek. Nak buat buat busy jap, nampak sikit mcm pekerja berdedikasi hahaha. Walaupun nan hado! heee, takpe janji boss sayang kiteee. Gerak luuu, pape roger. Ada masa ai melawat En Belogg n storyy bebanyak kkkkk. Kumpul story sat heee. Babai, Wasalam ;)

The Suri's