Tuesday, 16 September 2014

Jodoh pasti bertemuuuuuu ~

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Selamat Hari Malaysia 16 Sept 2014 bersamaan hari selasa. Jam menunjukkan pukui 11.01 malam, waktu macam ni aku dah mula standby untuk tidoq. Tapi sebelum tu saja singgah belog bentar, nak mengomel seorang diri sambil sambil layan jiwa tisu kite ni! Hiks. Baiklah, kembali kepada tajuk. Jodoh pasti bertemu InsyaAllah dengan izin Allah tidak didunia mungkin diakhirat kelak. Siapa tahu kan?
Cuma sekarang yang bermain main difikiran aku, siapakah jodoh aku? Dengan siapa? Orang mana? Adekah jodoh aku dengan orang yang sentiasa aku fikirkan? Wallahualam :) kalau diikutkan hati mestilah kita inginkan yang kita selalu suka, sayang mahupun rindu. Tapi kena ingat, ape yang kita fikir semua itu rancangan yang tetap semuanya sudah tersedia dari dulu lagi oleh maha pencipta, cuma belum terungkai. InsyaAllah, aku cuma sedikit iri hati bila melihat perkahwinan kawan kawan sekolah, kolej ada pulak yang muda dari aku yang sudah pun selamat diijabkabulkan. Tu yang dok ngomel bilalah agaknya turn aku kan? Hehehe, sorry semua orang ada perasaan kan? Sama jugak aku. Jadi kepada encik jodoh, walau sesiapa pun awak jagalah diri, jagalah hati, jaga tingkahlakumu, jagalah imanmu. InsyaAllah jika diizinkan kita akan bertemu ;) 

Lari sebentar dari tajuk sebenar, aku tersentuh dengan permergian 2 orang mujahidin Islam yang telah wafat ketika sedang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang umat Islam dibumi Syam. Terlalu tersentuh sehingga menitiskan airmata, melahirkan keinsafan dan ketakutan. Mati perkara yang kita tidak tahu bila akan datang. Bersedia atau tidak dia pasti akan hadir. Al-Fatihah untuk 2 orang mujahidin tersebut, Ustad Lotfi Arifin dan juga M.Fadhlan yang lebih dikenali sebagai Abu Mujahir. InsyaAllah, semoga syahid beliau diterima oleh Allah SWT, besar pengorbanan mereka jika hendak dibandingkan kita yang terlalu alpa dengan duniawi. Untuk saudara islam yang lain yang masih disana semoga perjalananmu, jihadmu dipermudahkan, dilindungi dan diberkati. Aku dari sini hanya dapat menitipkan doa untuk kalian. Amin Ya Rabb :') Baiklah, selesai menaip apa yang dirasa. Sekarang dah boleh beransur tidurlah gamaknya. Kepada jodoh saya, semoga awak sentiasa dilindungi dan dirahmati. Selamat Malam, tidur sila basuh kaki, doa tidur, Ayatul Kursi ;) *sorry tergedik :p Jadi selamat malam juga buat yang lain, esok kerja ye! Jangan ponteng ponteng. Wassalam :)

Friday, 5 September 2014

Terlalu banyak benda yang dirinduu, kalaulah boleh reverse balikk :')

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh ;) Salam Jumaat, harini 5 September 2014. Yaaa sangat pantas masa berlalu kan? Dann semakin laju masa berlalu jadi semakin banyak perkara yang dirindu, dikenang, diingat :') Malam ni aku nak fefeeling emosional sikit. Hee. Serious bila duduk sorang sorang kat bilik 
mulalah kepala otak ni duk fikir cerita cerita lama, ada yang pahit, manis, suka, duka, tawar pun hadoo. Heee, tapi tulah kenangan. Benda yang tak boleh diputar balik. Kalau buat perkara yg sama sekarang pun dia punya rasa tak macam dulu. Yang duluuu terlalu nostalgik.

Alhamdulillah, sehingga harini memori yg manis tu tak pernah hilang dari ingatan yang tak berapa besar MB nye ni. Hihihi :p tapi kalau yang hat pahit tu dah lama pada dah, buat memory low space je nanti. Jenuh pulak nak padam satu satu. Kihkih. Memori yang paling bermakna bagi aku bilaa aku merantau tempat orang. Time practical kat Golden Straits Villas yang hampir setengah tahun tu. Fuhh! Tempat orang kot, memang feel dia tu lain sangat. Apa yang paling best pulak is pantai, hostel seberang dengan pantai je. Soo takde masalah untuk release tension. Damaii sangat! Hmmm. Rindu kat steamboat tepi pantai tu dengan abang abang juai steamboat sekali, hihi. Rindu makli bersama teh tarik kaw kaw beliau, rindu ayam masak madura kak midah, rindu nak serve anak anak ikan Mrsm. Haha :p rindu nak tengok orang datang berkursus, lepastu tengok dorang mandi kat pool happy happy, rindu nak main bola pantai, main pasir, cari siput. Haihhh banyakkkkkk lagilah!

Tak lupa jugak, rindu saing saing sekapal. Hehe rindu siti, baby, izni, purt, kak ida, kak mas, faried, farid totot, barak, kuang, lana, zaid (rindu ke? Ahaha), daya, aisyah, azizah, sue, sufi, geng sundels raffy, yuyum, mamy, supry rindunyaaa time g saloon ngan korang. Karaoke, yang masa tu korang beriya sangat goyang gerudi hahaha. Rindu nak tunggu teksi pukul 11malam, rindu nak buka puasa, rindu nak tidur bawah meja Sri Sembilan, rindu nak gila gila, joget, jerit arghhhhhhhhh! Hahaha banyak lagi weh yang aku rindu. Tu baru kat Port Dickson punya story. Belum lagi rindu kat sini time keje kat Kfc, Kgsaas.

Cerita 3 4 tahun dulu, sekarang ada yang dah kawin. Dah ade anak, ade family sendiri, ade yang berjaya sambung study, berkerjaya jadi bussinesman, navy, ade jugak yang still dengan kerja sama. Alhamdulillah ;) semoga ukhuwah kita takan terputus dan akan kekal ke akhir hayat InsyaAllah. Ni cerita duu, cerita time mudaa, single, otak fikir enjoy je. Sekarang makin dewasa makin matang. Ade rezeki nak bina masjid pula, ade family. InsyaAllah jika diberi kesempatan tu. Maka dengan itu hari demi hari adeeee je kenangan yang tercipta. Biar kekal terpahat dalam hati ni :')

Lepasni ingat nak plan wat gathering then jumpa balik ramai ramai, mesti best kan? Tapi mungkin susah sikitlah. Memasing ade komitmen katakann. Hehe InsyaAllah ade rezeki, ade jodoh tak kemana. Alamak jari kebas pulak. Tulah sakan sangat menaip kan. Saja je singgah blog, nak luah ape yang dirasa. Nak luah kat orang segan malu pulak. Nasib ade encik belogg yang handsome ni. Hehe, okaylah gtg. Esok cuti yeayy!! Haha *tetiba. Ade masa aku hupdate lagi yaww. Gudnite ;) boii~ Wassalam.

Monday, 1 September 2014

Happy Holidayy Uollssss *sambil joget joget ;)

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh ;) how ur holiday guyssss?? Happy tak happy tak? Harus happy hokayy! Sbb hakak kat sini pun happy dengan jayanyaaa. Yiebaaaa! Hahahaha :p Nak tau nape hakak happy? Nah akak nak story, semalam bersamaan 31ogos 2014 selesai lah sudah persandingan seorang sahabat merangkap abang ku yg gila gila bersama pasangannya yg comey lotey. Seriously hakak gembira sgt tengok dia happy. Kihkih walaupun dah berumurr gitu tetap nampak muda tauu uollss. Kau hado? Ofcourse takdo kennn. Btw, tahniahhhh and selamat pengantin baru mahap zahir batin yee abang naim & fyfa. Hehe simple and nice je wedding dorang. Tapi hakak tertarik dengan colour baju dorang, biru navy gitu. Nicee angat! Hakak shukeww. Haha and hakak ingat masa hakak wedding nanti nak tema cmtu lah! Lalalaala ade ke orang nak kat hakak??? 'No comment' krik krik krik. Alah, ade ke takde hakak tak kisah pun, bukan hakak yg tetapkan jodoh kenn. Cuma kalau bodoh tu mungkin sendirilah yg tetapkan jadi gitu. Haha! Jangan marah hakak hokay uolssss. Hakak berjenaka jee ni. Take it easy tau. Ops terkeluar pulak bahasa france hakak yg havoc ni kahkah. Memandangkan hari ni public holiday, so hakak lepak lepak sahaja dirumah bersamaa keluarga tercintaaa. Lepastu jalan jalan kejap kemana ayah kesayangan hakak bawa. Happy tau uolss. Sebab i jadi anak tunggai kejap. Kihkih, okaylah i nak bedal homemade cekodok jap. Boiii ~ wassalam