Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Selamat Hari Malaysia 16 Sept 2014 bersamaan hari selasa. Jam menunjukkan pukui 11.01 malam, waktu macam ni aku dah mula standby untuk tidoq. Tapi sebelum tu saja singgah belog bentar, nak mengomel seorang diri sambil sambil layan jiwa tisu kite ni! Hiks. Baiklah, kembali kepada tajuk. Jodoh pasti bertemu InsyaAllah dengan izin Allah tidak didunia mungkin diakhirat kelak. Siapa tahu kan?
Cuma sekarang yang bermain main difikiran aku, siapakah jodoh aku? Dengan siapa? Orang mana? Adekah jodoh aku dengan orang yang sentiasa aku fikirkan? Wallahualam :) kalau diikutkan hati mestilah kita inginkan yang kita selalu suka, sayang mahupun rindu. Tapi kena ingat, ape yang kita fikir semua itu rancangan yang tetap semuanya sudah tersedia dari dulu lagi oleh maha pencipta, cuma belum terungkai. InsyaAllah, aku cuma sedikit iri hati bila melihat perkahwinan kawan kawan sekolah, kolej ada pulak yang muda dari aku yang sudah pun selamat diijabkabulkan. Tu yang dok ngomel bilalah agaknya turn aku kan? Hehehe, sorry semua orang ada perasaan kan? Sama jugak aku. Jadi kepada encik jodoh, walau sesiapa pun awak jagalah diri, jagalah hati, jaga tingkahlakumu, jagalah imanmu. InsyaAllah jika diizinkan kita akan bertemu ;)
Lari sebentar dari tajuk sebenar, aku tersentuh dengan permergian 2 orang mujahidin Islam yang telah wafat ketika sedang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang umat Islam dibumi Syam. Terlalu tersentuh sehingga menitiskan airmata, melahirkan keinsafan dan ketakutan. Mati perkara yang kita tidak tahu bila akan datang. Bersedia atau tidak dia pasti akan hadir. Al-Fatihah untuk 2 orang mujahidin tersebut, Ustad Lotfi Arifin dan juga M.Fadhlan yang lebih dikenali sebagai Abu Mujahir. InsyaAllah, semoga syahid beliau diterima oleh Allah SWT, besar pengorbanan mereka jika hendak dibandingkan kita yang terlalu alpa dengan duniawi. Untuk saudara islam yang lain yang masih disana semoga perjalananmu, jihadmu dipermudahkan, dilindungi dan diberkati. Aku dari sini hanya dapat menitipkan doa untuk kalian. Amin Ya Rabb :')
Baiklah, selesai menaip apa yang dirasa. Sekarang dah boleh beransur tidurlah gamaknya. Kepada jodoh saya, semoga awak sentiasa dilindungi dan dirahmati. Selamat Malam, tidur sila basuh kaki, doa tidur, Ayatul Kursi ;) *sorry tergedik :p
Jadi selamat malam juga buat yang lain, esok kerja ye! Jangan ponteng ponteng. Wassalam :)
No comments:
Post a Comment