Ahhaaa, Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh! Nampak tak tajuk entri harini? Hahahaha, kelassss sangat kau. Harini gua bosan dan gua saje test test bakat terpendam gua yang sudah lama gua peram, kira nak tunjuk skill kat ma dengan ayah lah ni sambil sambil praktis nak jadi bakal surirumah, hahaha hado? Haaa harini aku telah bercadang nak buat creamy carbonara tapi dengan resepi campak campak aku sendiri. Nak resepi? Bole no problem, sharing is caring kan ;) Okay sekarang ni sosnya da siap, tinggal rebus spaghetti nya sajaaa. Aku pilih fettucinie sebagai spaghetti untuk carbonara aku harini, yuk tengok resepi!
Fettucinie Creamy Carbonara
Bahan - bahan :
.jpg) |
Okay, firstly kita perlukan ini. Iaitu Fettuccinie, korang nak guna spaghetti lain pattern pun bole. Ikut selera memasing ye, tapi bagi aku kalau carbonara fettuccine lagi best. Hehe. |
.jpg) |
Next adalah susu segar, tak kisahlah ape brand pun sekali pun asalkan susu segar dan full cream lagi sedap. Nanti korang punya sos carbonara tu pun bercream cream lah :) |
.jpg) |
Okay seterusnya adalah daging ayam cincang, ni pun tak kisahlah korang nak beli brand ape pun. Nak letak daging pun boleh, sausage boleh. Ikut pada kehendak nafsu makan koranglah. haha. |
 |
Haaa, yang ini cili api. Kalau ikutkan resepi sebenar takdenya orang masuk cili api dalam carbonara. Tapi disebabkan ayah aku ni tak suka kalau tak pedas so kita kasi pedas sikitlah. Kita blend cili ni eh. |
.jpg) |
Cheddar cheese, ini untuk melemakkan lagi sos korang tu, kalau nak bubuh cheese lain pun bole macam parmesan ke kan. Tapi aku guna cheddar je, senang nak cari. Hehe. |
.jpg) |
Yang ini bawang Holland katanya, bawang ni sedap manis. So aku guna bawang ni untuk menumis. Nak tambah bawang putih dan bawang merah pun boleh. Takde masalah :) |
.jpg) |
Serbuk oregano, serbuk ni nak bubuh pun boleh taknak pun okay je. Sebab serbuk ni dia nak lebih merasa kepada italian haaa gitu kan. Ade je jual kat mall bole cari dan bole simpan lama. Sebab guna pun sikit sikit kan. |
.jpg) |
Lada putih, just menambahkan rasa. Lada hitam pun bole ye kawan kawan. Tak bubuh pun bolehhh. Hehe no problem, benda bole settle. |
.jpg) |
Kiub ayam, untuk bagi rasa kat sos kita tu. Aku beli 2 biji je, yang ade jual satu kotak tu kan. Bancuh terus dengan air panas, senang sikit nanti. |
 |
Tepung jagung ni, dia untuk pekatkan sos carbonara tu. Kalau cair je cam tak best gak kan? So buh sikit bancuhan tepung jagung ni, jangan banyak sangat lak. Nanti pekat gilaa pulak. hehe. |
.jpg) |
Finally is cendawan shittake, cendawan ni ade jual yang basah and yang kering. So depend kepada koranglah kan nak beli yang basah atau yang kering. Kalau aku nak senang aku beli yang basah je, sebab kalau yang kering tu kena rendam lama sikit bagi dia kembang. Cendawan ni ade je jual kat mall, hehe bole cariii :D |
Alright, tadi tu bahan-bahannya. Now kita ke cara nak membuat sos carbonara. Yukkkk!
- Mula mula sekali, tumiskan bawang holland tadi sehingga keperang-perangan dan selepas itu masukkan cili api ( Kalau nak pedas, kalau taknak takpayah masuk okay ).
- Selepas itu, masukkan ayam cincang tadi tu. Gaul dalam 2 3 minit agak agak macam dah masak tu kan masukkan pulak kiub ayam yang dah siap dibancuh tadi tu.
- Lepas masuk kiub ayam terus masukkan susu segar tadi. Ikut kuantiti ye, kalau ramai nak masuk 1 botol pun boleh :)
- Okay, kacau kacau dan kacau kemudian masukkan bancuhan tepung jagung tadi tu ( Bagi pekat ) disertakan dengan cheddar cheese. Koyak koyakkan cheese tu biar cepat sikit cairnya.
- Kemudian masukkan cendawan shittake ( Makesure cendawan tu dibasuh dahulu dan dipotong 2 ). Kalau korang nak guna cendawan butang yang dalam tin tu pun boleh tau.
- Masukkan lada hitam atau lada putih untuk lebih enakkan sikit rasanya. Dan akhir sekali masukkan serbuk oregano. Dah siap sosnya.
- Haaa bila sos dah siap spaghettinya jangan tak rebus pulak. Hehe, rebus fettuccinie tu dengan air mendidih dan masuk olive oil sikit supaya dia tak melakat bila da siap nanti.
- Okay done! dah bole hidang dan makan. lagi sedap kalau makan time panas panas. Yummy! SELAMAT MENCUBAAA!! :)
 |
TARAAAA! Dah siap, rasa dia? Haruslah sedap, dengan lemak bercreamnyaa. Haha. Good Luck! |
Yang sebenarnya, ini cubaan pertama aku untuk sos carbonara ni. Alhamdulillah ade rasa, kira boleh jual lah. haha. Biasa aku buat sos bolognaise je takpun beli yang ready made prego tu kan? Tapi nakkan kelainan so aku bikin sendiri sosnya dengan resepi sendiri. Boleh tahan lah, not bad. Belum cuba belum tau kan? hehe. So rajin rajinlah cubaa ;) Baiklah mungkin entri chef aku sampai sini je, ade resepi baru akan aku share disini ye. InsyaAllah, Wassalam :)
No comments:
Post a Comment