Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Hahahaha first word selepas salam ai nak gelak dulu 😂 hampir setahun lebih ai meninggalkan dunia blogger terkontang kanting gitu hahaha dasyatnyaaaa ya hampunnnn. Kesian blog ai dianaktirikan tanpa belas kasihan sobsobsob. So tahniah untuk diri ai sendiri sebab berjaya publish first & last post untuk 2018 sebelum masuknya 2019 lagi beberapa hari je niiii 😜 Betul betul hujung tahun baiii, tu pun entah mcm mana ai teringat nak jenguk blog yang hambar hampass ni hihihihih.
Setahunn lebih wehhh, macam macam jadi dalam jangka masa tu. Sekejap gilaa rasa tau tau dah setahun lebih tak lawat blog. Sorry k awaaa, kita busy ngat so kita memang takde masa nak taip panjang panjang pastu publishh ke post pe semua tu. Sampai kita lupa tentang kewujudan awaaa hmm maaf maaf. Btw nak share apa pun tak tau hahahaha mungkin ai boleh share pasal travel trip ai kot kan kan?? First time travel luar dari Malaysia dalam tahun ni. Hehehe antara benda yang menarik untuk dikongsikan lah kot buat masa ni, tapi bukan sekarang rasanya. Sekarang ni mcm nak cukupkan syarat ada post utk 2018 jeeeee kahkahkah 😁 Actually ada je banyak lagi cerita yang boleh dikongsi hihihihihi. Nantilahhh kalau rasa nak share ai publish, kalau tak rasa kira takde lahh ye kihkhkihkih 😆
Oh ya, sekarang jam 10.36am waktu Malaysia bersamaan 29/12/2018 hari Sabtu dan ai is sedang bekerja heeee. Ada kerja sikit nak kena settle, tetiba teringat haritu ada draft post yg belum publish. So terusss je bukak, takut tak dan post nanti tau tau dah 2019 hahahaha. Btw, dikesempatan ini ai ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 untuk semua. Sesungguhnya tahun 2018 banyak mengajar ai menjadi semakin lebih dewasa. Even dah 27 years old, masih jugak tercari cari dimanakah kedewasaan tersebut hahahahaha. Dalam jangka masa setahun ni terlalu banyak juga pahit manis yang ai n family harungi. Dan ada info penting yg sangat tersangatlah penting, i'm still single but not available anymoreeee! kahkahkah on the way nak off market kata kauuu hahaha. InsyaAllah dengan izinnya tahun ni tahun last ai berstatus bujang, tahun depan harap dipermudahkan dan ada rezeki berlangsung lah majlis perkahwinan ai bersama bakal suami pilihan hati ai InsyaAllah Aamiin Aamiin. Dalam banyak banyak benda yang jadi tahun ni, kenyataan single not available anymore tu yang ai paling susah nak percaya. Hahahaha ai is very tak sangka yang ai sekarang dalam perjalanan ke alam perkahwinan. Bila teringat mulalah berdebor bagai, kadang rasa tak sabar, kadang rasa tak ready, kadang rasa macam tak nak pulak kawin hahahaha. Well actually rasa rasa tu semua normal kan untuk setiap manusia yang sampai ke fasa ni. Apa yang ai harapkan cuma semuanya dapat dipermudahkan dan baik baik saja urusan kami akan datang ni.
Nak cakap tak excited tu confirm tipu lah kan, saat saat macam ni lah yang semuaaaa orang nanti and idamkan. Hmm so sementara belum kawin ni hargailah masa tu, dengan kawan kawan n family. Nanti dah kawin fully comitment tu dah memang kat suami (kalau boleh kawtim lagi cun 😋) hahahaha, tapi kat family is still same macam selalu dulu kini dan selamanya ai will InsyaAllah. Semoga saja ai dapat jadi seorang anak, adik, kakak, bakal isteri, bakal ibu, kawan yang baik untuk semua orang sehingga la ke akhirnya InsyaAllah. Dahh? Nak story apa lagi ni? Tadi ingat nak cukupkan syarat 1 post untuk 2018 je? Ni macam dah story panjangggggg ngat ni hahahahahaha. Oh ya, petang ni ai nak p wedding party ex officemate ai. First time attend wedding party chinese friend, new experience ni hehehehe. Wishing you a lifetime of love & happiness Ginny! 😉 And thank you for inviting us. See ya 💕
Okay, cukup dulu kot setakat ni. Bebel panjang panjang bukan ada nak baca pun hahahaha. Puaskan hati sendiri je ni kahkahkah. Semoga ada lagi peluang ai untuk menaip new post in 2019 kat blog ni. Nantikan k, bila ai free ai akan share travel trip ai kat sini. Semoga ketemu lagiii yaaaa incik beloggg yensem manisss hahahaha. Babaiii, Wassalam 💋
No comments:
Post a Comment