Assaalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, untuk entry kali ini aku akan memperkenalkan antara kawan kawan yang aku sayangi. Sebenarnya ikut pada tajuk kat atas tuuu kan kawan. sahabat, member adalah berbeza bagi pendapat aku. Itu pendapat akulah kan, korang aku taktau la pulak pendapatnya. lain orang lain rasa chill okay ;) Okay now kita bermula dengann kawan.
KAWAN
Okay, bagi aku kawan adelah seseorang yang ada dikala aku senang dan kadangkala lenyap dikala aku susah. Kawan ni boleh menolong tapi berkias, faham tak maksud aku? Yeee kita bole kawan dengan dia tapi tak bole jadikan sahabat. Kawan ni sebagai teman kita nak berborak, bertegur sapa dia lebih kurang macam tu je. Dan kawan ni senang je nak jumpa, lets see macam korang g wedding kawan korang/ sahabat korang la kan then adalah kawan kawan dia yang lain dari situ korang kenal kenal dan secara automatiknya korang da jadi kawan, minta fb, acc twitter, id wechat semua. Haaa itulah kawan kat mana mana pun kita bole jumpa. Kadangkala, nama dia ni kawan tapi kita tak bole percaya 100% sebab korang sendiri pernah dengar kan pepatah yang mengatakan 'kawan makan kawan'? betul tak? Soo sebelum memilih sahabat berkawan dahulu kenal betul betul, agak agak dia macam sejiwa je dengan kita kan go on jadi sahabat baik. InsyaAllah dunia akhirat, siapa tau ;)
SAHABAT
Now is sahabat. Ya ya ya sahabatlah yang paling susah kita nak cari sekarang ni. Sebab yang ada semuanya stok kawan kawan. Faham kan? sahabat ni dia seorang yang sentiasa ada bila kita perlukan tak kiralah kita susah, senang, gembira, sedih, murung dan lain lain. Sahabat nilah yang selalu bagi kita nasihat tanpa jemu tak kiralah dari apa apa hal sekalipun. Sahabat ni pun seorang yang penyabar kalau tak macam mana dia bole jadi sahabat kan. Sahabat adalah orang yang selalu ambil berat, risau, kisah pasal sahabatnya. Alangkah indahnya kalau aku ade sorang yang macam tu. Bukan nak kata yang aku ade sekarang ni tak baik/ tak bagus. Dorang semuaaaaaa baik baik belaka, betul iklhas dari hati aku tapi dorang masih belum boleh untuk dikategorikan sebagai seorang sahabat. Apetah lagi aku ni, lagilah macam tak layak je nak jadi sahabat orang :( aku sendiri sedar dan tau diri aku ni macam mana. hehe, InsyaAllah suatu hari aku akan ada juga insan yang bernama sahabat ;) Amin.
MEMBER
Member pulak? Okayyy member ni dia macam kebih kurang kawan je jugak, tapi member ni memang selalu akan muncul time kita happy happy, lepak lepak open table semua. Senang cerita time kita senanglah dia memang adaaa. Itu fungsi member, dan dalam masa yang sama dorang ni akan menggamatkan suasana. Kira suasana tak meriah la kalau takde dorang ni. Tapi bila korang susah ke sedih atau moody member ni ada gakk, tolong nak meriahkan suasana tapi apekan daya dia salah masa hahaha. Sebab dia ni sekadar member huhahuha bak kata mak aku. Dia tak pernah rasa sedih takpun kalau dia sedih dia jenis cool buat bodoh je kan. Haaa ni member, member ni kalau ade ramai pun takpe. Lagi ramai lagi best, lagi best lagi gilaa la kau! ahaha :D
Alright ni adalah sedikit sebanyak pendapat aku tentang kawan. sahabat dan member. Ingatttt ni ape yang aku rasa dan aku hadapi sendiri. Dan ini adalah pendapat aku takde kena mengena bagi yang hidup ataupun yang mati. Kot ade yang terasa atau terguris sepuluh jari aku susun meminta maaf. Sebab setiap manusia sering melakukan kesilapan antara sedar atau tak. Jadi Anggap saja entry kali ini sekadar renungan kita bersama dan anggap sahaja ianya pengalaman aku ;) jadi renung renungkan dan selamat beramal. Wassalam.
Jom intai gambar kawan kawan aku kat bawah ni. Nak show off sikit :* haha.
No comments:
Post a Comment