Monday, 9 September 2013

Rokok? Kenapa dengan rokok? Bahaya ke rokok tu? Tapi asal dorang hisap rokok? Dan kenapa topik rokok? -..-

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :) Terus kita ke segmen "ROKOK" sebelum itu, aku menyusun 10 jari meminta maaf sekiranya kot ade yang terbaca dan terasa dengan topik entri aku kali ni. No heart feeling okay sayang sayang ku :* Hehe. Sebenarnya takde ape sangat pun dengan rokok ni, tapi aku asyik dok terfikir kenapa dorang hisap rokok dan kenapa kenapa kenapa? Haa nampak tak banyak kenapa tu? Haha. Okay Setelah dikaji aku adelah survey kawan kawan aku sendiri yang merokok ni, mostly yang merokok adalah lelaki dan antara jawapan jawapan dari survey aku adalah seperti berikut, hehe :p



  • Tak 'Macho' lah kalau lelaki tak merokok -,- haha, aku gelak pun ada. Sebab jawapan dia macam tak ngam je rasa. Nak je aku tanya habis kalau kau hisap rokok kau nampak 'macho' lah? No heart feeling kan? so aku hentikan hajat aku tuh. Tapi kawan yg aku tanya tu memang 'Macho' tak dinafikan. Hehehe ;)

  • Hilangkan stress/tertekan, Itu cara terbaik ke? Memang hilang ke stress tu kalau merokok? Hmmm aku sendiri taktau sebab aku tak merokok kan. Tapi kalau betul hilangkan stress lepas ni bole lah aku merokok sebab dah ade alasan. Aku ni hari hari stress wehh -..-

  • Rasa tak best sebab semua kawan hisap rokok, haa yang ni aku tak berapa nak berkenanlah kan dengan jaawapan dia. Kira terpengaruhlah tu, biar lantaklah kawan kau yang hisap yang kau nak ikut sekali kenapa kan? No no no, tak baik untuk kesihatan lah kawan. Aku sayang kot kawan kawan aku, serious talk!

Okay itu antara jawapan sebab kenapa dorang merokok dari beberapa kenalan aku. Yaa aku faham kalau benda tu dah sebati dengan rutin harian mereka memang susah nak stop tak aku nafikan. Aku bukannya anti dengan orang hisap rokok ni, sebab ayah, abang, atuk, pakcik pakcik aku ade je yang merokok heavy smoker lagi. Nasihat pun buat dekk je memasing nak buat macam mana. Tapi yang aku tak suka tu bila perangai, yang konon kata hisap rokok nampak macho tu lepastu nampak perempuan duk sembur sembur asap rokok tu kat muka, dah tu kenapa? Macam tu macho ke kawan? Lepas tu ingat aku nak diam? Silap besarlah kau, kena lah sound 2 3 das. Siap aku suruh dia kunyah rokok tu, nasib tau minta maaf. Yelah manusia  ada egonya nampak perempuan lagi tinggi tinggi ego korang kan. Tapiiii haa ade tapi tu, tak semua macam tu. Ada sesetengah yang tak matang je berperangai macam tu. Ada yang okay tu memang sangat okay dia respect orang yang tak merokok sebagai contoh bila nak merokok dia hala ketempat lain takpun pergi jauh sikit taknak orang yang tak merokok tu hadap asap rokok dorang tu kan. Sebab ape dorang buat macam tu? Sebab orang yang macam ni matang pandai berfikir, walaupun dia tau rokok tu merbahayakan kesihatan tapi dia fikir biar jela kesihatan dia yang bahaya jangan libatkan orang lain. Kira baguslah orang macam tu kan, dia ade gak rasa hormat dan rasa risau untuk kesihatan orang lain lagi lagi orang yang dia sayang, Ofcourse lah!

Tapi kalau jenis nak menunjuk nunjuk tu faham faham jela macam mana gelagat dorang, selalu yang macam ni budak budak sekolah je budak bawah umur yang baru nak belajar merokok dia eksen lebih yelahh dah besarr kan. Aku bgtau abah kau baru kau tau dik. Huh. Itu yang lelaki memang perkara biasalah kalau lelaki tu merokok kan, ni yang tak manisnya bila perempuan. Perempuan? alahai, sayangnya awak tu. Muka cantik dah manis je rupaa sweet sweet gitu tapi hisap rokok :( Sedih saya ni tau. Ade je kawan aku perempuan yang merokok, aku tengok aku peratikan jee. Kesian ade sedih pun ade, kesian bila dorang kata dorang merokok sebab stress dengan family problem hidup hura hara kacau bilau. Ade yang kata 'frust' sebab baru clash dengan bf, yang ini aku sedih. Kumbang bukan seekor awak, memang susah nak lupakan orang yang kita sayang tapi jodoh pertemuan ajal maut kan ditangan Tuhan ;) Serahkan je pada takdir, InsyaAllah :') Sayang tau kalau perempuan ni merokok, banyak bad effect dia. Sekarang masa muda memang tak nampak ape bad effect dia, nanti dah kawin, dah berumur sikit barulah nak menyesal. Masa tu tak guna dah sebab benda dah terjadi menangis airmata darah sekalipun takde erti. So kepada awak yang ade gf merokok tu nasihatkanlah dia, janganlah dok syok sama join sekali hisap rokok tiu, dah ade geng kan. Bahaya okay!

Aku niat sebenarnya nak nasihat, tapi kalau nak nasihat sorang sorang memang jenuh sebab ramai sangat kawan aku tu yang merokok. Ni haa ayah dengan abang aku sendiri pun merokok sampai tak terlarat dah nak nasihat. Cuma kalau boleh cuba, cuba okay? Cuba perlahan lahan stop merokok tu, kalau rasa memang tak boleh sangat nak stop merokok tu terserahlah. Nak buat macam mana kan. Tapi tolonglah banteras kawan kawan perempuan yang merokok tu, bahaya sangat untuk dorang bila dorang dah kawin and pregnant nanti. Ingat eh, sementara ada ni bolehla saling ingat mengingati ;) Sampai sini dulu entri aku untuk hari ini, maaf kalau ade terkasar kata yee ;) Aku manusia lemah kerap melakukan kesilapan. Hehe, InsyaAllah ada masa kita update dengan post yang hangat hangit gitu okay! hahaha. Wassalam ;)

JOMMMMMMM! :*

No comments:

Post a Comment