Tuesday, 3 September 2013

MENCARI DAN TERUS MENCARI :)

Faham maksud saya? terima kasih ;)

Assalammualaikum ;) dah isi minyak kereta moto van bus lori anda semuaa? haha soalan bikin panas kan? rilekslah ramai betul yang mengatakan "Eleh 20sen je pun, apelah sangat" itu kata mereka yang senang lenang, ntah ntah isi minyak kereta pun tak pernah ayah yang tolong isikan :p bolehla berkata kata sedemikian kann. Yang ade tanggungjawab sendiri ni, yang ada isteri anak anak semuaa kalau minyak dah naik sepastinya barang pun akan naik harga. Ya ya ya mungkin itu caranya nak majukan ekonomi negara. Okay Gooo On! malas nak fikir, lepasni kereta aku simpan dlm muzium je buat perhiasan -,- dahla tengah tiada pekerjaan. Agak susah juga nak cari kerja sekarang ni, apply dah macam macam tempat dapat tu dapat tapi jauh ke KL sana, aku ni anak perempuan adik beradik tak ramai dah semestinya ma ayah akulah orang yang paling berat nak melepaskan aku keje jauh jauh sana lagi lagi drive sendiri. Aku faham ape perasaan dorang dan aku terpaksa akur, so aku terus mencari kerja di kawasan puchong dan mungkin kalau jauh sikit pun Shah Alam tu je. Usaha kena lebih dah usaha barulah aku serah pada takdir, aku takdelah nak memilih sangat pun bab kerja ni. Kalau dah rezeki aku kearah tu so kesitulah jawabnya, aku sendiri tak boleh nak tolak takdir terima sahaja dengan hati terbuka. Hmmm, masih boleh bersabar, berdoa, bertawakkal InsyaAllah :) Bila bangun tidur tengok muka ma ayah rasa sayang nak tinggalkan dorang pergi kerja, adik pun kerja ada abang jelah kat rumah pun. Tapi kehidupan harus diteruskan, rezeki harus dicari ianya tak datang bergolek kan? Ya betul tu wany! Aku macam nak bagi tazkirah pulak kan. Dan sebenarnya aku sangat bosan diketika ini, dengan rasa tak sedap badannya, sakit sakit badan, loya tekak, selsema, sakit pinggang, sakit perut. Biasalah perempuan, aku redha :) Haa pagi tadi ade orang call aku "Hello selamat pagi, ini cik Syazwani kan? cik berminat tak nak jadi asst. manager baskin robbin? bole datang interview?" aku punn " ye ye berminat, kat mana eh tuu?" "Midvalley cik, datang interview eh jumaat ni. Boleh?" hmmm time tu dalam kepala otak aku adalah ayah -,- confirm ayah akan cakap, jauh tu wany, sana dengan jammed semua lagi. Carilah dekat dekat sini dulu. Terus aku bagi kata putus "Maaflah, saya tak boleh terima dan tak boleh hadir interview" okay letak telefon terus. Tapi best ke baskin robbin? sebelum ni Kfc smpai aku jemu dah tengok ayam, kalau baskin robbin? Kek? Ice cream? oh tidak gemuk itu pasti disitu. Haha, takpela try baskin robbin area sini ke kan. InsyaAllah setiap seorang telah ditetapkan rezeki masing masing, tinggal untuk mencari jee ada usaha pasti ada hasil kalau takde usaha faham sendiri jelah kan. hehe, okaylah tangan rasa macam penat menaip, nak layan game jap. haha bosan okay! Wassalam ;)


YES! I need work -,-

No comments:

Post a Comment