Saturday, 19 October 2013

Disakiti, Tersakiti, Menyakiti -_-

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ;) Salam Sabtu dan lagi 20 minit gitu nak masuk Ahad dah :) Sekejap sangat rasanya masa ni berlalu kan? Macam tak percaya umur makin lama makin meningkat, kulit makin lama makin berkedut, hati makin lama makin mudah terasa, jiwa makin lama makin kacau. Hahaha puitis sangat kan? Well itu yang aku rasakan sejak umur menjengah ke 2* ni :p haha, tapi yang tang kulit berkedut tu belum lagi ye, still tegang kauu!! Umur tu saja je rahsiakan gitu, malu lah kita nak mention umur. Rasa cam takleh terima kenyataan tentang ketuaan itu. Nebeng kan? hehe. Tau tak 'nebeng' tu hape? Actually mula mula aku tak pernah tau pung, sebab ex housemate aku dulu selalu cakap 'nebeng, nebeng' so aku terikut sampailah sekarang. Sebenarnya itu bahasa orang ganung, hikhik. Dan setelah beberapa lama aku menggunakan ayat tersebut baru minggu lepas aku tau maksudnya yang sebenar. Aku ade sorang kawan baru ni, dia orang ganu gak. So aku tanya dia 'nebeng' tu hape? Dia gelakkan aku sebab terkejut aku pandai gak speaking ganu, wakakaka :p Lepastu dia kata lah 'nebeng' tu banyak maksudnya tapi lebih kurang iaitu melebih-lebih, mengada atau beriya sangat. Hahaha, maksud memang sangat lebih kurang takde beza sangat pun. Ape ape jela. 

Alright back to kita punya tajuk entri harini, Disakiti, Tersakiti, Menyakiti. Benda ni semua memang sakit sekali. Tetapi yang kerap terjadi kat aku adelah disakiti :') Kenapa? Ntahlah orang gemar nau sakitkan aku, tak tau ape motif. Aku manusia juga sama je macam korang semua, ada hati ada perasaan tapi still nak sakit-sakitkan. Aku pulak jenis yang tak suka nak membalas-balas ni ataupun nak menyakiti orang tu balik, sebab tu bukan cara aku. Aku lebih rela berdiam diri, aku pun dah tau macam mana rasa disakiti so takkan kita nak kasi orang lain rasa pulak? Dalam hati aku berkata biarkan Allah je yang balas, kita yang hidup kat dunia ni senyum je hadap ape yang ada. Suratan barangkali, malah aku anggap jugak ni semua satu ujian untuk aku dan dalam masa sama mengajar aku untuk menjadi lebih matang ;) InsyaAllah dengan izin Tuhan aku akan cuba menjadi lebih terbaik pada masa akan datang.

!5 October lalu, genap umurku menjangkau ke 2*. Dalam masa yang sama tarikh itu umat Islam sedang menyambut Hari Raya AidilAdha. Jadi 'Selamat Hari Lahir AidilAdha untuk aku' Hahahaha ;) Ramai yang wish kat Fb, Twitter, Wechat, Whatsapp. Yaaa ucapan, doa anda semua cukup aku hargai kawan :) InsyaAllah semoga segala doa yang dititipkan akan diterima dan dimakbulkan. Amin. Tapi ade beberapa ucapan yang agak membuat aku ketawa, tersenyum malu malu, haha yang jenis menyakat tu tetap dengan sakatannya. Sesungguhnya, mulut aku ni tak lekang dari tersengih :D Aku harap ianya berkekalan, aku taknak dilabel orang yang tak tau senyum, muram durjana je macam orang kalah judi. Melainkan aku ada masalah sendiri yang agak menggangu fikiran dan emosi aku, mungkin aku lebih gemar mendiamkan diri. 

Harini dah 19 Oct, kejap lagi masuk 20 Oct sangat pantas! Aku rasa macam aku baru je start kerja semalam. rupa rupanya dah nak dekat sebulan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, aku pun dah semakin rancak menghadapi customer customer kat company deco tu. hehe ;) Jangan jeles ye Abe Man :p Belajar ni sampai tua pun boleh belajar. nak seribu daya taknak seribu dalih ye tak? Aku harap pekerjaan ni serasi dan aku pun bole kerja lama dengan company ni, walaupun lari tajuk dari course yang aku ambil masa study dulu, hehe :D Sajaaa timba pengalaman, dalam bidang hospitality pun aku dah berjinak lebih kurang 4 tahun, penat dah rasa. So ape salahnya cuba sesuatu yang baru kan? Baru rasa susah payah, pahit getirnya itulah cabaran hidup betul tak? Hahaha. Terlebih over lak aku kat entri kali ni kan? Biasalah tu, jarang jarang nak jenguk belogg kesayangan ni, sekali jenguk story la panjang lebar sikit. Mana tau boleh bikin novel :p Puih, novel sangat. Hado?? Okaylah, sampai disini dulu entri aku. Ada masa nanti aku jenguk lagi, update entri baru hiburkan hati, luahkan perasaan. Yang jadi mangsa sapa? Beloggg juga! Nasib belog ni bukan orang, kalau tak kena tumbuk dah rasa ni. hehe. Baiklah panjang umur kita bersoksek soksek lagi ye ;) Selamat Berhujung Minggu! Wassalam ;)

Saturday, 12 October 2013

HEREEEE WE GOOO ;)

Asalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ;) Yah finally ade juga masa terluang untuk aku update belog tercinta sangat ni! Haaha, yaa al-maklumlah wanita berkerjaya katakan, cewahh :p So, amacam korang punya lifee?? Aku harap semuanya dalam keadaan yang nice nice gitu and same goes with me InsyaAllah :) Alright harini cukup 2minggu aku bersama kerja baru aku kat Deco-Poly tu. Hmmm, first impression aku hanya mengatakan company yang aku kerja ni just company biasa biasa yang jual bahan mentah polycarbonate kepada company company lain. Just kecil kecilan jela kononya, and masuk masuk aku macam orang yang dungu dungu gitu. Dalam ofis tu ade account 2 orang, sales sorang lelaki mealyu (kelate :D) and aku yang baru masuk as admin. Alhamdulillah, sekurang kurangnya ade jugak kerja yang aku bole buat dan pelajari. Rupa rupanya company aku ni HQ dia, ade cawangan lain lagi kat Ipoh, Kuantan, Klang, Muar. Semua nak barang ke ape semua kena call tempat aku ni haa. So agak pening laa, kena lak aku taktau pape pasal polycarbonate acrylic semua bagai tu. Tapi aku telah diajar sedaya upaya oleh Abe Me (Sales) dan boss aku Ms Vivian. Haha, nasib aku ni jenis mudah dan cepat faham Alhamdulillah. Baru baru tu memang ade silap tu silap ni sikit, bila dah kena tegur then semua okay ;) Sampai sekarang aku dah boleh biasakan diri dengan keadaan ofis yang senyap sunyi dan agak sedikit hambar. Tapi okaylaaa, takde berdosa sangat sebab geng gossip tiada bha. Haha kalau ade confirm kumpul dosa punyaa! So far aku kena banyak tahu lagi pasal bahan bahan mentah yang company aku jual. Kalau regular customer dorang memang akan order banyak banyak so aku kena tau segala galanyaa tentang company tu. Sekarang aku dah pandai bukak bil cash sale, delivery order, invoice semua. Dorang guna sistem UBS, mula mula memang otak aku beku taktau ape. Sekarang idak lagi, hahaha aku agak sedikit fasih yaa berkat doa dan kesabaran aku sendiri juga. Bila dah kerja masa pun jarang nak ade, kalau ade pun weekend jelah, hari hari masuk keje 8.30-5.30, sabtu je halfday sampai 12.30. Kerja tak penat pun, duk saje kat ofis bukak bil, dengan angkat call. Kekadang tu rasa bosan gak sebab takde keje, so boss aku memahami dia akan kasi keje dengan aku walaupun jauh sikit dari keje sebenar as admin. Aku tolong account lah, kira gaji. Haha, mana dan jee. Belajar belajar kata Abe Me. Abe Me ni orang Kelate yg pekat gila Kelatenya, haha kadang aku tergelak dengar dia bercakap sampai sekarang aku terikut ikut kot dia speaking Kelate tu. Nevermind, tak jadi masalah pun semua tu, asalkan aku okay and dorang pun okay. Memadai ;)

Okay done cerita pasal kerja! Now aku nak kongsi 1 cerita yang agak kelakar, tapi tak kelakar sangat kot. Ramai orang kata aku ngan adik aku si Nana tu kembar. Sama ke? Aku nengok lain jee, sampai siap ade yang confuse tak tahan tu. Yang kes tak puas hati pulak datang tanya, awak dua ni kembar?? hahaha, kadang aku iyekan aje, sebab malas nak layan. Dah selalu sangat penat dah nak jawab. Haaa ni cerita baru jadi tadi, tadi aku g pasar malam dengan family aku, and kebetulan aku pakai baju lebih kurang ngan si Nana. Pergi singgah beli ayam potong Uncle Bob yang shedappppp tu, hihih. Tetiba mamat gerai sebelah jual air pandang, pergi kat kawan lagi satu dok cakap " Weh weh tengok awek tu, kembar" hahaha, aku senyummm je. Yang si kawan pun nengok "Aah lah weh" -_- hampess! haha, layankan ajee. Dah beli ayam tu bayarlah RM50 kat mamat tu, semua sekali harga RM18, dengan baik hati mamat tu kasi balance RM43. Haha, mamat tu bole charge RM7 jela?? Aku pun rasa tak best aku pulang balik, tersenyum je dia mampu malu agaknyaa. Hehe, takpee tak jadi hal bro ;) Nasib aku ni jujur orangnye kan? Hahahaha :p Okay teruskan perjalanan untuk ke gerai gerai seterusnyaa. Lalu depan gerai Along Yong Tau Fu, macam biasa dia pandang beriya nau, sampai ayah aku perasan. Ish, cubalah kawal sikit perangai tu bang oii! Hahaha, sempat lagi senyum manja manja kat ma, yang ma lak suka melayan kena lak mamat tu dok panggil mak mak. Haa lantak kau lah bang. Jalan lagi sampai kat tempat buah buahan, yang ni aku rasa agak kelakar. Ade brader ni jual buah anggur, terjerit jerit cakap "Anggur anggur takde biji 10 ringgit" family aku buat taktau je, taklayan sangat anggur, tetiba dengar dia jerit lagi kat ma aku "Anggur makcik, Comel comel anak makcik" hahaha, kuat kuat jerit siap ulang macam jual anggur. Kurang ajar je kan -,- macam macam hal lah. Tulah ragam manusia kan, agak agaklaa pun. Orang ramai kot, malu ma dibuatnya. Tempias ke aku malunyaa, orang lain dok tengok je. Hahaha, jangan buat lagi eh brader. Tak manis! Yayayaya itu cerita tadi, aku tau agak hambar, hei sukahati lah belog aku kot. Hahaha, dan takde sape nak baca pun aku rasa. Biar aku sorang je yang update dan aku sendiri yang baca. Pastu sendiri senyum senyum sinis :p Oopss tetiba rasa rindu. Rindu kat sape eh??Ntah orang tu rindu kat ke kite ke idoknyeee. Takpelah :) Gtg, nanti aku update lagi kalau ade masa ehhh , InsyaAllah. Sebab sekarang nak bukak lappy pun jarang dah, pergi kerja, balik kerja pastu tidur. Itulah kerja aku hari hari. Okayla jaga diri semuanya, selamat malam! Wassalam ;)

    
   





Haaaaa, kembar kee?? Tak kann, Hahaha :p