Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Selamat Petang Jumaat. Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini dan berpeluang juga berkongsi cerita didalam entri terbaru aku yang agak keoveran disitu. Hehe ;) Cerita harini, yeay firstly aku belajar cara nak pergi hantar service kereta. Hahahaha, mesti korang rasa macam kelakar and rasa aku ni kolot semacam je kan? Service kereta je kon! Yela memanglah service kereta jeee, tapi kalau taktau cara tak jadi jugakk kennn. So pagi tadi ayah aku ajak ikut dia pergi booking tempat untuk service kereta kesayangan 'Kami' itu. At the same time dia tunjukkanlah jalannya nak ketempat tersebut. Tempat dia kat area area Puchong ni jee tapi jalan pusing pusinglah. Walaupun aku duduk puchong bertahun, tapi aku sendiri pun boleh sesat kat tempat sendiri tau. Hahaha, jangan tak tau. So, dah jumpa akak dalam Perodua tu dia tanya "Cik nak service bila?" aku tercengang, ayah tolong jawabkan. Hehe "Esok bolehh?" akak tu jawab balik "Esok tak boleh dah full, paling awal hari Isnin okay? Pukul 9.30?" ayah pandang aku, aku angguk jee "Okayyy!" dah settle booking, tinggal standby duit je nak tukar hape tah tadi akak tu cakap. Hehe. Hari Isnin jam 9.30 pagi dan sorang sorang hmmm, mesti rasa bosan time tuh. Taktau la tunggu je entri aku Isnin nanti yeee :D Hihihi.
Okay Sebenarnya cerita tadi bukan la cerita utama untuk tajuk aku, yang tadi tu kira macam pengalaman ler. Cewahh! Yang seronoknya sekarang ni kannnn I already got a job! Yeayyyy!!! Happy sangat, syukur Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagikan? Macam macam cara. Sebelum ni aku hari hari check email isi form itu form ini pergi interview bagai. Tapi respon hmmm menghampakan :( rasa macam putus asa menunggu pun ada time tu. Dengan izin Allah, tetiba ade orang datang tenpat keje adik aku (Guardian) then tanya adik aku, "Ade orang cari kerja tak? Bahagian admin?" adik aku pun terus teringat aku "Adaa! kakak saya" Miss tu terus kasi company card kat adik aku and suruh call. Adik aku balik jee "Kak nah untuk kau" Errr aku buat bodoh je, sebab yang aku nampak dia baling sekeping card kat aku. Lepastu time tu aku tak pakai spek lak -,- Lagi sekali dia adik aku cakap, "Wei amekla tu, kerja kosong. Dia suruh call" Aku pun melompat bangun pergi tengok card tu. "Department ape?" aku tanya adik aku lagii. "Admin". Dalam hati aku terus aku cakap Alhamdulillah. Belum sure dapat lagi job tu tapi bersyukur dia tak terhingga sangat :') Esoknya pun aku text miss tu then dia suruh aku datang interview hari ini, hari Jumaat 27/9/2013 pukul 11am. Ya surelah aku datang kan! hehehe, da siap dia interview semua dia tanya bila boleh start? Aku cakap anytime. "Okay 1 Oct u masuk okay. jam 8.30 am". Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :) Happynya aku tak terkata. Walaupun tempat dia biasa biasa, gaji pun Alhamdulillah basic okay semua ada OT pun ada then kerja Isnin-Sabtu tapi Sabtu halfday. Hihihi. Okay tak sabar nak mulakan kehidupan baru, InsyaAllah semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dalam masa yang sama i will get a new experience. Yeah tak sabar. Nanti aku update ye how about my work! Okayla sampai sini je cerita happy aku hari ini, ade lagi i will share it here okay ;) Wassalam.