Friday, 6 September 2013

KAWAN, SAHABAT, MEMBER? yang pasti sahabat sejati sukar dicari :')

Assaalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, untuk entry kali ini aku akan memperkenalkan antara kawan kawan yang aku sayangi. Sebenarnya ikut pada tajuk kat atas tuuu kan kawan. sahabat, member adalah berbeza bagi pendapat aku. Itu pendapat akulah kan, korang aku taktau la pulak pendapatnya. lain orang lain rasa chill okay ;) Okay now kita bermula dengann kawan.

KAWAN
Okay, bagi aku kawan adelah seseorang yang ada dikala aku senang dan kadangkala lenyap dikala aku susah. Kawan ni boleh menolong tapi berkias, faham tak maksud aku? Yeee kita bole kawan dengan dia tapi tak bole jadikan sahabat. Kawan ni sebagai teman kita nak berborak, bertegur sapa dia lebih kurang macam tu je. Dan kawan ni senang je nak jumpa, lets see macam korang g wedding kawan korang/ sahabat korang la kan then adalah kawan kawan dia yang lain dari situ korang kenal kenal dan secara automatiknya korang da jadi kawan, minta fb, acc twitter, id wechat semua. Haaa itulah kawan kat mana mana pun kita bole jumpa. Kadangkala, nama dia ni kawan tapi kita tak bole percaya 100% sebab korang sendiri pernah dengar kan pepatah yang mengatakan 'kawan makan kawan'? betul tak? Soo sebelum memilih sahabat berkawan dahulu kenal betul betul, agak agak dia macam sejiwa je dengan kita kan go on jadi sahabat baik. InsyaAllah dunia akhirat, siapa tau ;)

SAHABAT
Now is sahabat. Ya ya ya sahabatlah yang paling susah kita nak cari sekarang ni. Sebab yang ada semuanya stok kawan kawan. Faham kan? sahabat ni dia seorang yang sentiasa ada bila kita perlukan tak kiralah kita susah, senang, gembira, sedih, murung dan lain lain. Sahabat nilah yang selalu bagi kita nasihat tanpa jemu tak kiralah dari apa apa hal sekalipun. Sahabat ni pun seorang yang penyabar kalau tak macam mana dia bole jadi sahabat kan. Sahabat adalah orang yang selalu ambil berat, risau, kisah pasal sahabatnya. Alangkah indahnya kalau aku ade sorang yang macam tu. Bukan nak kata yang aku ade sekarang ni tak baik/ tak bagus. Dorang semuaaaaaa baik baik belaka, betul iklhas dari hati aku tapi dorang masih belum boleh untuk dikategorikan sebagai seorang sahabat. Apetah lagi aku ni, lagilah macam tak layak je nak jadi sahabat orang :( aku sendiri sedar dan tau diri aku ni macam mana. hehe, InsyaAllah suatu hari aku akan ada juga insan yang bernama sahabat ;) Amin.

MEMBER
Member pulak? Okayyy member ni dia macam kebih kurang kawan je jugak, tapi member ni memang selalu akan muncul time kita happy happy, lepak lepak open table semua. Senang cerita time kita senanglah dia memang adaaa. Itu fungsi member, dan dalam masa yang sama dorang ni akan menggamatkan suasana. Kira suasana tak meriah la kalau takde dorang ni. Tapi bila korang susah ke sedih atau moody member ni ada gakk, tolong nak meriahkan suasana tapi apekan daya dia salah masa hahaha. Sebab dia ni sekadar member huhahuha bak kata mak aku. Dia tak pernah rasa sedih takpun kalau dia sedih dia jenis cool buat bodoh je kan. Haaa ni member, member ni kalau ade ramai pun takpe. Lagi ramai lagi best, lagi best lagi gilaa la kau! ahaha :D

Alright ni adalah sedikit sebanyak pendapat aku tentang kawan. sahabat dan member. Ingatttt ni ape yang aku rasa dan aku hadapi sendiri. Dan ini adalah pendapat aku takde kena mengena bagi yang hidup ataupun yang mati. Kot ade yang terasa atau terguris sepuluh jari aku susun meminta maaf. Sebab setiap manusia sering melakukan kesilapan antara sedar atau tak. Jadi Anggap saja entry kali ini sekadar renungan kita bersama dan anggap sahaja ianya pengalaman aku ;) jadi renung renungkan dan selamat beramal. Wassalam.
Jom intai gambar kawan kawan aku kat bawah ni. Nak show off sikit :* haha.


okay ni masa Gathering Ex25 dekat Quality hotel. hehe. Kitorang overnight kat sana sebab lama sangat tak jumpa dan rindu yang tersangat! :* bersama sama Kak Ina, Kak Wanie, Kak Aisyah, dan Dekna. Love them ;)

Masa ni pulak time openhouse & birthday party Mizah. Dia yang baju merah tu ;) hehe. Ni semua adalah classmate time kat college dulu and ade jugak exHousemate. Kat situ ade Buya, mummy Siti, Mizah, Anis, Mya, Dekna and Kak Wanie :*

Haaaa yang ayu ayu kat atas ni termasuk aku adalah kawan sekolah menengah. Hahaha *ayu kee? :p time ni kitorang tengah sakan beraya kerlasss sangat kan? okay dari kiri Tia, Fazren, Elizah dan Nisaa ;)

Time ni pulak time raya jugak, tahun ni 2013. Masa ni rumah Etot ada openhouse. Dorang ni seeemuaa 1 sekolah dengan aku hehe. Memang gamat suasan kalau ade dorang ni. Dari kiri ade Wawa, Mal, Zam, Aimran, Etot, Ida, Nisa, Hawa, Amin dan Rauf ;)

Next! hehe, ni kawan college i :) time class restauran operation. Bajet bakal bakal chef la semua ni. hahaha ;) Dorang sangat happening dan sangat tersangatlah cool. From right kita ade Ira, Yanie, Ieqa, Wanny, Ain, Ejoy, Taufiq and Fatin ;) Rindu korang !

Ini adalah saat saat yang kami nantikan, iaitu Graduation Day. Alhamdulillah, akhirnya setelah 3 tahun kami berkampung kat PTPL tu ;) semuanya happy tak terkata kan? tengok raut wajah pun dah tau. Ada lagi sebenarnya yang lain, tapi semua kat gambar lain lah. Okay dari kiri Mummy Eqa, Anis, Izni dan Mummy Siti ;) Yang ada Mummy tu adalah bakal Mummy dan ade yang da jadi Mummy pun ;) Congratss dear sayang :*

Okay tim ni pulak time aku berjimba bersama exHousemate rumah 21, yang kat atas sekali tu rumah 25. hehe, ramai nau haousematenya kann :p kitorang g makan steamboat kat Seoul Garden sampai perut nak pecah pastu enjoy jalan jalan tangkap gambar. Dah settle satu hari. haha Missyouuu Biela and Keisha ;)

Taraaaaa! yang ini lagi best dan sangat best. Lebih kurang 8/9 tahun ktorang tak jumpa okay. Ni semua kawan kawan time sekolah rendah masa kat Petaling Jaya dulu. Luckily ade Fb bole cari kan. Hee, memang lainlah memasing. Ade ramai lagi tapi semua ade comitment masng masing kan. It's okay ;) Time ni yang ade Syarfa, Afiq, Anis, dan Afizah. Good Luck korang!!

Alrighttt, gambar terakhir ;) hehe, ni masa aku buat praktikal pertama kat Golden Straits Villas Port Dickson. Time ni Farewell dorang da nak abis praktikal :( tinggal aku je pastu. Huhu :') jejaka kat sebelah aku tu semua baik baik dan kacak belaka. Hehe dari kiri Yuyum, Raffi, Supry, Amy, Izni, Siti dan Sarah ;) Rindunyyaaaa kat dorang ni :( InsyaAllah ade rezeki kita jumpa okay :*


Alhamdulillah, inilah sedikit sebanyak kawan kawan yang aku ada. Sebenarnya ramaaaaaii lagi tau. Tapi nanti banyak sangt lak gambarnye, jenuh lak nak tengok tengok kan? Takpela yang lain tu takde dalam entry aku tapi sentiasa ade dalam hati aku yang kecik comel ni. Hahahaha, InsyaAllah. Jangan terasa hati, jangan terguris mahupun tersentuh ;) Saya Sayang kawan kawan saya tau. So nasihat untuk korang jaga diri, jaga makan, jaga kesihatan dan jaga agama kita. Itu yang penting. jumpa lagi di next entry. Wassalam ;)


No comments:

Post a Comment