Saturday, 19 October 2013

Disakiti, Tersakiti, Menyakiti -_-

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ;) Salam Sabtu dan lagi 20 minit gitu nak masuk Ahad dah :) Sekejap sangat rasanya masa ni berlalu kan? Macam tak percaya umur makin lama makin meningkat, kulit makin lama makin berkedut, hati makin lama makin mudah terasa, jiwa makin lama makin kacau. Hahaha puitis sangat kan? Well itu yang aku rasakan sejak umur menjengah ke 2* ni :p haha, tapi yang tang kulit berkedut tu belum lagi ye, still tegang kauu!! Umur tu saja je rahsiakan gitu, malu lah kita nak mention umur. Rasa cam takleh terima kenyataan tentang ketuaan itu. Nebeng kan? hehe. Tau tak 'nebeng' tu hape? Actually mula mula aku tak pernah tau pung, sebab ex housemate aku dulu selalu cakap 'nebeng, nebeng' so aku terikut sampailah sekarang. Sebenarnya itu bahasa orang ganung, hikhik. Dan setelah beberapa lama aku menggunakan ayat tersebut baru minggu lepas aku tau maksudnya yang sebenar. Aku ade sorang kawan baru ni, dia orang ganu gak. So aku tanya dia 'nebeng' tu hape? Dia gelakkan aku sebab terkejut aku pandai gak speaking ganu, wakakaka :p Lepastu dia kata lah 'nebeng' tu banyak maksudnya tapi lebih kurang iaitu melebih-lebih, mengada atau beriya sangat. Hahaha, maksud memang sangat lebih kurang takde beza sangat pun. Ape ape jela. 

Alright back to kita punya tajuk entri harini, Disakiti, Tersakiti, Menyakiti. Benda ni semua memang sakit sekali. Tetapi yang kerap terjadi kat aku adelah disakiti :') Kenapa? Ntahlah orang gemar nau sakitkan aku, tak tau ape motif. Aku manusia juga sama je macam korang semua, ada hati ada perasaan tapi still nak sakit-sakitkan. Aku pulak jenis yang tak suka nak membalas-balas ni ataupun nak menyakiti orang tu balik, sebab tu bukan cara aku. Aku lebih rela berdiam diri, aku pun dah tau macam mana rasa disakiti so takkan kita nak kasi orang lain rasa pulak? Dalam hati aku berkata biarkan Allah je yang balas, kita yang hidup kat dunia ni senyum je hadap ape yang ada. Suratan barangkali, malah aku anggap jugak ni semua satu ujian untuk aku dan dalam masa sama mengajar aku untuk menjadi lebih matang ;) InsyaAllah dengan izin Tuhan aku akan cuba menjadi lebih terbaik pada masa akan datang.

!5 October lalu, genap umurku menjangkau ke 2*. Dalam masa yang sama tarikh itu umat Islam sedang menyambut Hari Raya AidilAdha. Jadi 'Selamat Hari Lahir AidilAdha untuk aku' Hahahaha ;) Ramai yang wish kat Fb, Twitter, Wechat, Whatsapp. Yaaa ucapan, doa anda semua cukup aku hargai kawan :) InsyaAllah semoga segala doa yang dititipkan akan diterima dan dimakbulkan. Amin. Tapi ade beberapa ucapan yang agak membuat aku ketawa, tersenyum malu malu, haha yang jenis menyakat tu tetap dengan sakatannya. Sesungguhnya, mulut aku ni tak lekang dari tersengih :D Aku harap ianya berkekalan, aku taknak dilabel orang yang tak tau senyum, muram durjana je macam orang kalah judi. Melainkan aku ada masalah sendiri yang agak menggangu fikiran dan emosi aku, mungkin aku lebih gemar mendiamkan diri. 

Harini dah 19 Oct, kejap lagi masuk 20 Oct sangat pantas! Aku rasa macam aku baru je start kerja semalam. rupa rupanya dah nak dekat sebulan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, aku pun dah semakin rancak menghadapi customer customer kat company deco tu. hehe ;) Jangan jeles ye Abe Man :p Belajar ni sampai tua pun boleh belajar. nak seribu daya taknak seribu dalih ye tak? Aku harap pekerjaan ni serasi dan aku pun bole kerja lama dengan company ni, walaupun lari tajuk dari course yang aku ambil masa study dulu, hehe :D Sajaaa timba pengalaman, dalam bidang hospitality pun aku dah berjinak lebih kurang 4 tahun, penat dah rasa. So ape salahnya cuba sesuatu yang baru kan? Baru rasa susah payah, pahit getirnya itulah cabaran hidup betul tak? Hahaha. Terlebih over lak aku kat entri kali ni kan? Biasalah tu, jarang jarang nak jenguk belogg kesayangan ni, sekali jenguk story la panjang lebar sikit. Mana tau boleh bikin novel :p Puih, novel sangat. Hado?? Okaylah, sampai disini dulu entri aku. Ada masa nanti aku jenguk lagi, update entri baru hiburkan hati, luahkan perasaan. Yang jadi mangsa sapa? Beloggg juga! Nasib belog ni bukan orang, kalau tak kena tumbuk dah rasa ni. hehe. Baiklah panjang umur kita bersoksek soksek lagi ye ;) Selamat Berhujung Minggu! Wassalam ;)

Saturday, 12 October 2013

HEREEEE WE GOOO ;)

Asalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ;) Yah finally ade juga masa terluang untuk aku update belog tercinta sangat ni! Haaha, yaa al-maklumlah wanita berkerjaya katakan, cewahh :p So, amacam korang punya lifee?? Aku harap semuanya dalam keadaan yang nice nice gitu and same goes with me InsyaAllah :) Alright harini cukup 2minggu aku bersama kerja baru aku kat Deco-Poly tu. Hmmm, first impression aku hanya mengatakan company yang aku kerja ni just company biasa biasa yang jual bahan mentah polycarbonate kepada company company lain. Just kecil kecilan jela kononya, and masuk masuk aku macam orang yang dungu dungu gitu. Dalam ofis tu ade account 2 orang, sales sorang lelaki mealyu (kelate :D) and aku yang baru masuk as admin. Alhamdulillah, sekurang kurangnya ade jugak kerja yang aku bole buat dan pelajari. Rupa rupanya company aku ni HQ dia, ade cawangan lain lagi kat Ipoh, Kuantan, Klang, Muar. Semua nak barang ke ape semua kena call tempat aku ni haa. So agak pening laa, kena lak aku taktau pape pasal polycarbonate acrylic semua bagai tu. Tapi aku telah diajar sedaya upaya oleh Abe Me (Sales) dan boss aku Ms Vivian. Haha, nasib aku ni jenis mudah dan cepat faham Alhamdulillah. Baru baru tu memang ade silap tu silap ni sikit, bila dah kena tegur then semua okay ;) Sampai sekarang aku dah boleh biasakan diri dengan keadaan ofis yang senyap sunyi dan agak sedikit hambar. Tapi okaylaaa, takde berdosa sangat sebab geng gossip tiada bha. Haha kalau ade confirm kumpul dosa punyaa! So far aku kena banyak tahu lagi pasal bahan bahan mentah yang company aku jual. Kalau regular customer dorang memang akan order banyak banyak so aku kena tau segala galanyaa tentang company tu. Sekarang aku dah pandai bukak bil cash sale, delivery order, invoice semua. Dorang guna sistem UBS, mula mula memang otak aku beku taktau ape. Sekarang idak lagi, hahaha aku agak sedikit fasih yaa berkat doa dan kesabaran aku sendiri juga. Bila dah kerja masa pun jarang nak ade, kalau ade pun weekend jelah, hari hari masuk keje 8.30-5.30, sabtu je halfday sampai 12.30. Kerja tak penat pun, duk saje kat ofis bukak bil, dengan angkat call. Kekadang tu rasa bosan gak sebab takde keje, so boss aku memahami dia akan kasi keje dengan aku walaupun jauh sikit dari keje sebenar as admin. Aku tolong account lah, kira gaji. Haha, mana dan jee. Belajar belajar kata Abe Me. Abe Me ni orang Kelate yg pekat gila Kelatenya, haha kadang aku tergelak dengar dia bercakap sampai sekarang aku terikut ikut kot dia speaking Kelate tu. Nevermind, tak jadi masalah pun semua tu, asalkan aku okay and dorang pun okay. Memadai ;)

Okay done cerita pasal kerja! Now aku nak kongsi 1 cerita yang agak kelakar, tapi tak kelakar sangat kot. Ramai orang kata aku ngan adik aku si Nana tu kembar. Sama ke? Aku nengok lain jee, sampai siap ade yang confuse tak tahan tu. Yang kes tak puas hati pulak datang tanya, awak dua ni kembar?? hahaha, kadang aku iyekan aje, sebab malas nak layan. Dah selalu sangat penat dah nak jawab. Haaa ni cerita baru jadi tadi, tadi aku g pasar malam dengan family aku, and kebetulan aku pakai baju lebih kurang ngan si Nana. Pergi singgah beli ayam potong Uncle Bob yang shedappppp tu, hihih. Tetiba mamat gerai sebelah jual air pandang, pergi kat kawan lagi satu dok cakap " Weh weh tengok awek tu, kembar" hahaha, aku senyummm je. Yang si kawan pun nengok "Aah lah weh" -_- hampess! haha, layankan ajee. Dah beli ayam tu bayarlah RM50 kat mamat tu, semua sekali harga RM18, dengan baik hati mamat tu kasi balance RM43. Haha, mamat tu bole charge RM7 jela?? Aku pun rasa tak best aku pulang balik, tersenyum je dia mampu malu agaknyaa. Hehe, takpee tak jadi hal bro ;) Nasib aku ni jujur orangnye kan? Hahahaha :p Okay teruskan perjalanan untuk ke gerai gerai seterusnyaa. Lalu depan gerai Along Yong Tau Fu, macam biasa dia pandang beriya nau, sampai ayah aku perasan. Ish, cubalah kawal sikit perangai tu bang oii! Hahaha, sempat lagi senyum manja manja kat ma, yang ma lak suka melayan kena lak mamat tu dok panggil mak mak. Haa lantak kau lah bang. Jalan lagi sampai kat tempat buah buahan, yang ni aku rasa agak kelakar. Ade brader ni jual buah anggur, terjerit jerit cakap "Anggur anggur takde biji 10 ringgit" family aku buat taktau je, taklayan sangat anggur, tetiba dengar dia jerit lagi kat ma aku "Anggur makcik, Comel comel anak makcik" hahaha, kuat kuat jerit siap ulang macam jual anggur. Kurang ajar je kan -,- macam macam hal lah. Tulah ragam manusia kan, agak agaklaa pun. Orang ramai kot, malu ma dibuatnya. Tempias ke aku malunyaa, orang lain dok tengok je. Hahaha, jangan buat lagi eh brader. Tak manis! Yayayaya itu cerita tadi, aku tau agak hambar, hei sukahati lah belog aku kot. Hahaha, dan takde sape nak baca pun aku rasa. Biar aku sorang je yang update dan aku sendiri yang baca. Pastu sendiri senyum senyum sinis :p Oopss tetiba rasa rindu. Rindu kat sape eh??Ntah orang tu rindu kat ke kite ke idoknyeee. Takpelah :) Gtg, nanti aku update lagi kalau ade masa ehhh , InsyaAllah. Sebab sekarang nak bukak lappy pun jarang dah, pergi kerja, balik kerja pastu tidur. Itulah kerja aku hari hari. Okayla jaga diri semuanya, selamat malam! Wassalam ;)

    
   





Haaaaa, kembar kee?? Tak kann, Hahaha :p
  

Friday, 27 September 2013

Alhamdulillah! Rezeki Allah, Syukur ;)

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Selamat Petang Jumaat. Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini dan berpeluang juga berkongsi cerita didalam entri terbaru aku yang agak keoveran disitu. Hehe ;) Cerita harini, yeay firstly aku belajar cara nak pergi hantar service kereta. Hahahaha, mesti korang rasa macam kelakar and rasa aku ni kolot semacam je kan? Service kereta je kon! Yela memanglah service kereta jeee, tapi kalau taktau cara tak jadi jugakk kennn. So pagi tadi ayah aku ajak ikut dia pergi booking tempat untuk service kereta kesayangan 'Kami' itu. At the same time dia tunjukkanlah jalannya nak ketempat tersebut. Tempat dia kat area area Puchong ni jee tapi jalan pusing pusinglah. Walaupun aku duduk puchong bertahun, tapi aku sendiri pun boleh sesat kat tempat sendiri tau. Hahaha, jangan tak tau. So, dah jumpa akak dalam Perodua tu dia tanya "Cik nak service bila?" aku tercengang, ayah tolong jawabkan. Hehe "Esok bolehh?" akak tu jawab balik "Esok tak boleh dah full, paling awal hari Isnin okay? Pukul 9.30?" ayah pandang aku, aku angguk jee "Okayyy!" dah settle booking, tinggal standby duit je nak tukar hape tah tadi akak tu cakap. Hehe. Hari Isnin jam 9.30 pagi dan sorang sorang hmmm, mesti rasa bosan time tuh. Taktau la tunggu je entri aku Isnin nanti yeee :D Hihihi.

Okay Sebenarnya cerita tadi bukan la cerita utama untuk tajuk aku, yang tadi tu kira macam pengalaman ler. Cewahh! Yang seronoknya sekarang ni kannnn I already got a job! Yeayyyy!!! Happy sangat, syukur Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagikan? Macam macam cara. Sebelum ni aku hari hari check email isi form itu form ini pergi interview bagai. Tapi respon hmmm menghampakan :( rasa macam putus asa menunggu pun ada time tu. Dengan izin Allah, tetiba ade orang datang tenpat keje adik aku (Guardian) then tanya adik aku, "Ade orang cari kerja tak? Bahagian admin?" adik aku pun terus teringat aku "Adaa! kakak saya" Miss tu terus kasi company card kat adik aku and suruh call. Adik aku balik jee "Kak nah untuk kau" Errr aku buat bodoh je, sebab yang aku nampak dia baling sekeping card kat aku. Lepastu time tu aku tak pakai spek lak -,- Lagi sekali dia adik aku cakap, "Wei amekla tu, kerja kosong. Dia suruh call" Aku pun melompat bangun pergi tengok card tu. "Department ape?" aku tanya adik aku lagii. "Admin". Dalam hati aku terus aku cakap Alhamdulillah. Belum sure dapat lagi job tu tapi bersyukur dia tak terhingga sangat :') Esoknya pun aku text miss tu then dia suruh aku datang interview hari ini, hari Jumaat 27/9/2013 pukul 11am. Ya surelah aku datang kan! hehehe, da siap dia interview semua dia tanya bila boleh start? Aku cakap anytime. "Okay 1 Oct u masuk okay. jam 8.30 am". Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :) Happynya aku tak terkata. Walaupun tempat dia biasa biasa, gaji pun Alhamdulillah basic okay semua ada OT pun ada then kerja Isnin-Sabtu tapi Sabtu halfday. Hihihi. Okay tak sabar nak mulakan kehidupan baru, InsyaAllah semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dalam masa yang sama i will get a new experience. Yeah tak sabar. Nanti aku update ye how about my work! Okayla sampai sini je cerita happy aku hari ini, ade lagi i will share it here okay ;) Wassalam.

Wednesday, 25 September 2013

Ragam Meragam Diragam, haaaa :p

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, hi belogg! Lama tak jenguk hang, aku bukan busy cuma takde benda nak story mory, Im sorrry :( hehe. Okay harini aku kembali dengan entri baru dengan post yang agak aneh. Kenapa ek aku punya tajuk post gitu? Yeah itulah ragam, dia bukan ade sejenis ragam jee macam macam ragam haadooo. Memandangkan agak lama aku tak mengupdate dekat belogg aku yang manis ni, so harini cerita aku agak panjang lebar dan bercampur aduk dengan macam macam cerita. Siapa yang lalu nak membacanya sila lahh yeee, jemput jemput :D


1) Alright! Firstly is about 'Gym;
  • Okay kenapa gym? Sebenarnya takde ape pun sangat ceritanya haha, cuma aku tengoklah zaman sekarang ni lelaki pergi gym macam dah jadi trend hangat gitu boleh dikatakan semuaa kawan kawan lelaki aku gigih pergi main gym. Bila tengok hasil memang agak memberansangkan la kot bagi dorang, mungkin ini salah satu kepuasan. Tapi ade sesetengah tu aku tengok badan dorang macam semacam tau. Besar dia tu agak menyeramkan, dengan ketul sana ketul sini. Katanya sadorrr, hahaha. Taktau lah akuu, sebenarnya badan lelaki cenggini adelah taste aku masa aku study dulu, aku suka gila tengok lelaki berbadan sasa. Tapi yang sekarang punya sasa dia macam sasa sangat, macam kingkong pun ade besarnyaa. Haha, serious takut tengok. Ade kelebihan kot kalau badan cenggitu ek? Ntahh, cuba kalau perempuan yang badan sador ketul ketul camtu? Macam manalah rupanya kann, hahaha. tak dapat kubayangkann :p
2) 'Sales Consultant'
  • Haaa, haritu aku ade g interview untuk jawatan 'sales consultant'. Serious talk aku memang taktau ape tugas sebenar untuk jawatan ni. Memandangkan kalau sales yang aku tau kerja dorang duk ofis, so aku pun memang nak try untuk department ofis ni dan aku pun pergilah interview tu. Hmmm, agak hampa sebab ape yang aku sangkakan tu tak betul. Rupa rupanya keje sales consultant ni sama tugas dengan promoter, cuma sales ni kena terangkan lebih mendalam lagi. Huh, memang taklah! Kena pergi shopping mall lepastu promote benda alah yang syarikat tu keluarkan. Ape ayah aku kata, nama dah sedap  'Sales Consultant' kenapa tak letak je jawatan 'Promoter' kan senang, aku pun takdelah nak datang interview tu -_- sebab bab bab promote ni memang aku tak minat lansung serious cakaplah kan. Yelah salah aku gak sebenarnya taknak check betul betul ape sebenarnya tugas sales consultant tu. Haa kan dah mendapat, padan muka hang! haha :p
3) Cerita Hangit :p
  • Hahaha, yang ini cerita best sangat best. Kat laman sosial sekarang femes kot wa cakap lu. Dorang kata wife player bola sepak yang hebat tu, tapi aku taktau lah betul ke idok. Sebab aku pun tak kenal deme tu sangat. Tapi dalam video tu memang kelakar lah perempuan tu dok lawan gaduh ngan pak guard. Orang tua kot, bagi akulah kan kalau pakcik tu salah sekali pun wyh not slow talk, takpayah sampai nak bodoh bodohkan siap cakap jantan dayus semua. Haihhh, nampak sangat tak matangnyaa. Pakcik tu pun ade had sabarnya, dia just jalankan tugas dah perempuan tu nak melenting lenting lak. Paling tak bole bla bila husband dia yang si pemain bola sepak yang korang kata hebatttt tu kan boleh buat bodoh tercongok je kat tepi bila pak guard tu bertekak dengan wife dia. Bukaan nak nasihat ke takpun leraikan. Nampak sangat kan takut takut gituu. Hehehe, kalau korang tengok video tu kan memang macam kelakar pun ada, sebab dialog yang dia guna dalam pergaduhan tu macam dialog aku gaduh nagn adik aku masa darjah 6 dulu. Hahahaha ;p\

Okayy, ini diantara cerita cerita aku selama aku tak update belogg ni. Sebenarnya banyak lagi, tapi tangan aku lenguhh sangat dah rasa nak menaip. Tak mampu mak :( nanti ade masa gua update lagi eh. Wassalam ;)

Thursday, 19 September 2013

Rezeki masing masing :)

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh, Hai belogg! -_- arghhhhh apebenda aku rasa ni? Aneh jee pelik. Errr ntahh dalam kepala hotak aku ni macam macam aku fikir. Sampai aku sendiri taktau kenapa aku fikir benda tu. Yang paling runsing aku fikirkan is about my family. Korang mesti sayang family korang kan? Yeah ofcourse! Asal lak tak sayang. Andddd what do you feel bila ade orang sakiti orang yang korang sayang tu? Hanginn? Rasa nak membunuh? Yes itu yang aku rasaa sekarang. Hmmmm, tapi aku takde kuasa untuk semua tuu. Aku hanya mampu berdoa berdoa dan berdoa tanpa putus. Aku sendiri taktau kenapalah dengan manusia sekarang ni. Hasad dengki tu macam dah jadi makanan dorang untuk hidup. Tak boleh ke hidup tu senangkan orang takde dengki dengki semua? Islam sesama islam tapi seee still nak dengki dan sakit hati. Ape kau dapat? Kepuasan? Come onnn untuk dunia sahaja, kau tunggu kat akhirat macam mana nanti. Doa aku hari hari adelah doa yang sama, iaitu aku minta Allah bagi balasan setimpal dengan ape yang kau dah buat dekat family aku. Tujuan kau buat macam tu sebab tak puas hati? Heiii kat dunia ni ada undang undang dia, dalam Islam sendiri dah kata amalan dengki mendengki ni tak baik berdosa semua tapi masih ade orang yang macam tu. Rezeki Allah dah tetap kan sorang sikit, cuba belajar bersyukur, bukan nak dengki tak tentu pasal. Haihhhh inilah manusia, usaha taknak tau nakkk senang je. Ingat orang yang kaya raya tu dorang dapat duit dari langit?? Tadah je terus dapat? Cerita dongeng boleh lah kau layan macam tu. Ini realiti kehidupann, usaha usaha dan usaha. Usaha tu tangga kejayaan, dalam masa sama tu berdoa memohon pada yang Esa. Daripada kau mendengki, buat benda tak baik kat orang lain, bentes rezeki dia kau ingat hasilnya halal? Nauzubillahhh, fikirkanlah wahai manusia. Kita hidup kat dunia sementara sangat, menumpang lak tu. Hmmm malulah sikit dosa takyah cakaplah berapa banyak, tapiiii manusia pun boleh berubah sementara masih boleh bernafas ni bertaubatlahh. Janganlah asyik nak sakiti orang je, ingat azab tu nanti kat akhirat yee. Aku tak cakap sesiapa pun, siapa makan cili dia terasa pedasnya. Kat sini aku sekadar share ape yang aku alami dan aku rasa sekarang. Kalau ade yang senasib dengan aku kita serahkan pada Allah. Biar dia yang bagi balasan, takut nanti kalau kita yang balas sekali kita kita terjerumus dengan manusia macam ni. Jadi renung renungkan dan selamat beramal ;) Wassalam.


Monday, 16 September 2013

AYAH :*


Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ;) Lame tak jenguk belog titeww ni, windu ahh :p hahhaa. Gedik sangat kan? Hehehe. Ehem ehem nampak tak orang handsome atas ni?? Tu ayah kiteee, garang kan? Hahaha. Yess sangat garang, sebab tu aku takut. Dan entri pada hari ini aku akan menceritakan tentang seorang insan yang bernama ayah, bapa, abah, baba, daddy dan yang sewaktu dengannya lah.

Kenapa entri kali in ayah? Hmmm hehe adalah sebabnya. Asyik syok update gossip cerita pasal orang lain pasal tu pasal ni, meh aku cerita serba sedikit tentang ayah aku yang aku sayang dunia dan akhirat ni ;) Azihar Bin Abdul Aziz, yaa tu namanya *comelkan nama? hihi mcm anak dia :p. Seorang bekas ATM yang sangat tegas, garang dan bertanggungjawab. Dulu masa aku kecik kecik aku takut gila kot dengan ayah ni, serious memang sangat garang. Mungkin masa tu sebab dia masih berkhidmat sebagai seorang tentera. Masa tu kecik lagikan? So tak faham ape sangat. Hehe. Dia kerja siang malam pagi petang, taulah kerja tentera ni shift dia macam mana kan. Agak susah aku nak jumpa dia, tapii satu yang aku ingat dia tak pernah lupa pasal makan minum pakai anak anak dia. Itu yang buat aku kagum dengan insan bernama ayah ini :')

Kita orang ade 3 beradik, aku yang kedua ade sorang abang dan sorang adik perempuan. Masa tu ekonomi agak merosot dan tau jelah gaji untuk kerja kerajaan time tu berapa sangatkan. So ayah ni sanggup cari part time, nak tau dia part time ape? Rider pizza. Haaaa jangan tak percaya. Dia sangat hebat dimata aku. Dia bersusah payah demi keluarga dia. Pernah dulu aku merengek nak beli mainan masak masak, tapi adik aku je yang dapat. Then time tu takde kereta lagi, naik motor 2 trip. First first hantar aku dengan abang balik dulu, pastu baru ma dengan adik. Tetiba dia balik dengan ma tu dalam diam dia beli gak mainan tu untuk aku. Aku? Tau jela budak kecik time tu, mengada lebih. Hahaha seronok tak ingatlah. Hehe ;)

Haaa ade lagi satu cerita, masa tu aku sekolah dalam darjah 4 gitu, aku balik balik sekolah ade pencil box yang 2 tingkat tu. Hahaha satu colour pink satu colour biru. Dia siap bukak letak atas meja and da siap ade pensel pemadam pembaris semua dah. Masa tu tak pandai nak terharu lagi, cuma sengih sengih jee. Hee bila aku ingat sekarang sebak pun ada, sebab ayah tak pernah lupa anak anak dia yang degil ni. Terima kasih ayah :') Aku dulu masa kecik lasak budaknyaa, masa dulu aku pernah naik kerusi yang beroda tu. Then abang aku dok main tolak dari belakang. Tetiba tak dapat nak brek, hahaha tersadung terjatuh kepala atas batu. Nasib tak tepat kat kepala, dia kena belakang kat telinga. Ma call ayah aku sedar ayah dah nangis nangis tengok aku. Sebab belakang telinga ni berdarah darah, dia terus marah mengamuk marah kat abang. Risau betul dia, biasalah budak budak. Time tu tau nak mainn jee. Hehe.

Tak lupa jugak, dulu aku suka main lompat lompat. Pernah la sekali tu aku lompat dari atas almari tv kebawah. Nahhh terjatuh tangan terseliuh. Terus lemah longlai. Masa tu ayah tengah duti, macam biasa ma call terus ayah sampai. Dah malam da time tu, nak bawak p klinik pun tak dan. Tunggulah esoknyaaaaa. Esok bawak g hospital, tangan kena simen -,- baru darjah 1 rasanya time tu. Haih agak lama gak bersimen tangan tu, ayah punyalah sayang pergi mana dukung tuu. Hahahaha padahal tangan yang kena simen. Masa tu jelah nak manja manja pun kan :p hehehe. Ni semua cerita dulu dulu. Walaupun ayah garang je nampak, tapi dalam hati dia penuh dengan kasih sayang, terutama untuk keluarga dia. Lagi satu aku respect pasal ayah ni dia sangat hormati orang tua, ya yang itu aku sangat salute. Sepanjang hidup aku tak pernah aku nampak dia tinggi suara dengan arwah nenek. Sampailah arwah nenek tu meninggal, nenek pun sayang sangat kat ayah. Hmmm :')

Sekarang ayah dah pencen, dia buat kerja sendiri. Makin hari kami adik beradik makin akrab dengan ayah. Ayah yang dulu garang, sekarang pun garang tapi kureng lah bole adjust hehehe. Sekarang dia suka bergurau, ketawa, buat lawak semua. Alhamdulillah aku bersyukur dan beruntung sangat dapat ayah macam ni. Macam biasa pasal makan minum semua dia tak pernah lupakan anak anak. Keselamatan tu lagilah, kalau aku drive hari hari dia akan nasihat benda yang sama. Walaupun aku agak nakal, tapi aku dengarkan juga nasihat ayah tu. Hehe. Sekarang bila masing masing dah besar aku selalu tengok ayah termenung, Mungkin dia terfikir masa depan anak anak bila dah kawin semua kan? Hmmm aku pun rasa macam tu. Walau ape pun yang jadi, kasih sayang aku terhadap ayah takkan pernah pudar, eceh macam ayat oang bercinta kan? Yaa aku cintakan ayah, aku cintakan ma aku cintakan mereka. Ayahlah superhero aku, dialah superman dialah segala macam super. Tanpa dia memang aku tak hidup sendiri kat dunia ni. Tanpa didikan tunjuk ajar dan dorongan ayah. Aku Sayang Ayah :*

ILOVEYOU AYAH!


Friday, 13 September 2013

No more 'P' ;) hehehehe




Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh ;) Salam Jumaat 13 September 2013. Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas sehingga hari ini dibumi ciptaan Tuhan yang serba indah, syukur! So how do you guys feeling today?? Goodddd?? :D hehehe, awak awak yang lelaki tu pergi solat Jumaat tak tadi? Harap pergilah yee ;) Okay entri harini aku berkenaan dengan 'P' diatas hehe. Faham tak 'P' ape tuu?? Yess pandai, itu lesen 'P' saya yang akan tamat 19/9 ni. Hahaha excited lebih nampak kan. Yelah lepasni sticker 'P' yang kat kereta tu dah bole bukak kot takde la asyik kena buli je dengan kereta lain. Sedih kot asyik kena buli je, mentang mentanglah yang bawaknya perempuan lesen 'P' pulak so sedaplah dorang yang lain tu membuli. Dok main cucuk cucuk kat belakang, dok acah acah main brek kat depan. Sabar jelah aku. Tunggulah korang pasni baru korang tau langit tinggi ke rendah hahahaha *evil laugh. Jahatkan aku? Heee takdelah, aku seorang pemandu yang berhemat, cewahh. InsyaAllah, aku tak sanggup nak merisaukan ma ayah aku. So biarlah orang nak buat ape pun kat aku, yang penting tak membahayakan keselamatan aku. Agak agak macam nak bahaya tu taulah kau aku buat ape nanti. Hahaha.

Semalam aku pergi renew lesen ni kat JPJ Bangi, nasib jalannya aku ingat dan takdelah susah mana. Nak pergi lagi pasni dah takde masalah da agaknya. Aku pun okay je drive, takdelah rasa takut sangat sebab aku bawak bodyguard ramai. Hahahaha ade ma, abang aku and adik. Cukup dah aku rasa tu. Hehehe ;) Sampai je kat JPJ tu kan macam tau tau je aku nak datang, siap dah ready satu parking betul betul depan JPJ tu. Alhamdulillah, kira rezeki akulah tu. Sekali masuk dalam pehhhhhhh punyalah ramai orangg. Ramai gila lelaki, aku dah segan segan pulak. Amik no 1216, tapi no time tu baru 1160 -,- berapa lama lagi tu oiii?? Nak taknak tunggu jelah sebab dah datangkan. Bila lagi nak buat pun, tapi kesian ke family aku tulah nak menunggu. Aku suruh p minum dulu mana mana. Takmau, punyalah setia dengan aku. Hehehe. So aku kasi kunci suruh dorang lepak dalam kereta. Tunggu punya tunggu sampailah turn aku. Pergi ke kaunter 3, brader JPJ ni jaga. Dok gertak gertak aku pulak dah kenapa? Ingat aku takut? Mentang mentanglah aku nak tukar lesen 'P' ke penuh so kira nak buli la tu? Ceit, aku buli lah balikk. Hahaha last last nak blah dia bergurau siap senyum senyum. Nampak tak permainan diaa? haha, aku renew untuk 3 tahun terus, setahun Rm30 so 3 tahun pandai pandailah darab yeeee :p settle kat kaunter aku kena tunggu dalam 15 minit gitu untuk lesen aku disiapkan. Yaaa tak dinafikan servis dorang agak bagus. Aku respcet, tapi customer service dorang tu kurang memuaskan. Taknak senyum lansung kauuu!! Aku belajar kot customer service! hahaha. Its okay, maybe penat kot kerja seharian kan lepastu hadap ramai orang. Takpela :) Dan aku sarankan siapa yang nak g JPJ tu bolehla pergi ke JPJ cawangan Bangi. Servis dorang memang Gred A. Hehe.

Okaylah, sudah cerita pasal lesen 'P' aku ni. Aku rasa lega sebab selesai gak dengan jayanya dan dengan usaha aku tanpa mengharapkan orang lain. Aku harap benda macam ni akan berterusan. Selagi aku bole buat sendiri aku akan buat sendiri. Yeah saya dah besarlah, 22 kot. Kalau orang orang tua kata dah bole kawin. Kahkahakah nampak tak aku gatal? Okay abaikan~ See later Wassalam ;)

Wednesday, 11 September 2013

RINDU yang membuak dipagi buta :/





Assalammualaikum, Salam pagi buta -_- aku takleh tidoq. Haihhh. Payoh lah gini hari hari, dah takleh tidoq pastu dok rindu ke orang. ni yang taknak ni. Salah sape dah sampai rindu rindu ni? Salah akuu? Ehhh suka suka je salah aku, salah kauu lah wei! Hmmm, kenapa ek rasa rindu. Dari dulu aku rasa pelik dengan rasa ni, bila aku rindu jee kan aku rasa bedebar debar. Adakah ini cinta? Hahahaha nebeng sangat weh. Geli baca balik siap muntah berdarah. Nak tau ke aku rindu siapa? Adalahhh rahsia takleh bgtau nanti kecoh satu kampung semuaa. Al-maklumlah i kan retiss :p retis celah mana kau wany oi! Orang pandang sebelah mata je kot. Kahkahkah. Ahh persetankan rasa rindu ni, sebab tu aku layan blogg sebentar mana tau cara ni boleh terubat rindu. Actually aku ni malu nak meluahkan rasa rindu dekat seseorang tu, taktau la kenapa. Tapi ade kawan aku kata, kalau ade rasa macam tu sebenarnya rugi. Nak tau kenapa rugi? Sebab orang yang kita rindu tu taktau yang kita dok rindu kat dia, bagi aku pulak biar jelah rasa rasa macam ni jadi simpanan dalam hati. Sebab rindu ni bukan hari hari ada, duk iye iye luah tapi orang tu tak rindu tak jadi gak kan? Haha, biasalah mula mula rindu lah. Lepastu okay je tak rasa ape siap buat dunno lagi jangan cakap aku takde perasaan pulak time tu yee :D

Sambil duk taip menaip ni mata aku melilau lilau depan tv ni haa layan cerita "Aku terima nikahnya" ala yang Nora Danish dengan Ady Putra berlakon tu. Tipulah tak kenal hehek ;) Awek hasrul pun ade berlakon cerita ni. Hasrul tu sape? Ehh tetiba aku sebut Hasrul, abaikanlah. Kawan sekolah aku je tu. Okay back to cerita "aku terima nikahnya" ni dia macam sedih gak ceritanya. Sebab mula asalnya dorang ni kawin dengan saling cinta mencintai, tapi tetiba suami dia si Ady Putra ni accident pulak dahtu hilang ingatan, start dari hilang ingatan tu yang tangkap leleh tu. Hahaha, tak sanggup dah den nak nengoknya. Tapi den kontalkan jugak hati den yang tak berapo kontal ni. Heuheu. Eh ade dengar gossip pasal Ady Putra tu? Ishhh Nauzubillah minta jauhla kan. Biasalah bila dah jadi artis ni confirm ada je cerita buruk buruk, walaupun tak buat. Hei aku tak backup Ady Putra okay! Sebab aku pun taktau ape cerita. Hehe. Nasib aku tak jadi artis, kalau tak habis gossip gossip hangit aku yang pegang siap menang award artis gossip terhebat kot. Hahaha apelah vangang berangannya aku ni. Ni lah akibat takleh tidur, taip pun merepek bercakap lagilah merepek kau.

Dah nak dekat pukul 2am dah ni, mata aku rileks je lagi cam baru pukul 2 petang gitu. Hmmmmm layankan je mata aku yang dah macam panda ni. Buruk nau rupanya, dah start tergaru garu kepala nak memikirkan idea ape nak taip ni. Haihhh nak taknak kena gak tidur ni, esok bangun lambat kena azan dengan ayah baru kau tau. Okay okay, kita tidur dulu yeppp. Basuh kaki kuku mulut semuaa, masuk tidur, baca doaa, buat buat pejam mataa pastu taraaaa dah siang, yeayy -_- Eh post aku pasal rindu kan tadi? Tengok dah hilang dah rasa rindu tu, kan aku dah kata sekejap je :p hahahaha. Esok rindu balik lettew :p hehe okay GoodNight ;) Wassalam.

Nah lagu tidoq, dah p tidoq sana naaa ;)

Tuesday, 10 September 2013

Kenapalah hidup ni kekadang tu bosan eh? -..-



Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh. Yess aku sedang bosan, tak nampak gambar besar besar kat atas ni?? Siap tajuk lagi tu. Hehek -,- tapi serious memang bosan berasa ni hmmm rasa macam nak keluar, tapi kalau difikirkan keluar tu pun nak g mana kan. Malam dah pun dahla rabun malam lagipun orang tua kata tak manis perempuan keluar malam ni. Duk uma menyepi lagi elok katanya, orang tak nampak orang pun tak mengata. Biasalah nasihat orang tua ni kena dengar lagi lagi ma ayah kita sendiri nanti menyesal tak guna dah. Eh korang layan tak cerita Cinta Jannah tu? haaa, aku memula memang tak layan, nak tau macam mana aku boleh terlayan? Gara-gara si Aeril Zafril tulah, gila lah kacak handsomenya dia. Tengok lak dalam cerita tu watak dia sweet sweet hangit gitu, lagilaahhh melayan. Tapi memang kacaklah mamat tu dengan suara macho dia, pehhh gatal jugak aku. Eleh bukan aku sorang je macam ni, for sure gadis gadis kat luar sana pun ada macam ni, yang obses gila vavi pun ade agaknyaa. Hahaha :p Kalau kawan lelaki aku dengar cerita cerita macam ni mulalah dorang menyampah, kata tulah inilah. Siap ade yang update kat twitter "Siapa tengok Cinta Jannah dia sayang Rosmah" -_- hahaha, kurang ajarkan? Macam ni pun ada. Biarrlah hak orang nak tengok ape pun, bukan kacau nasi yang kau makan tu. Huh. 


Bosan bosan tengok muka Aeril Zafrel hilang bosan. Hahahaha *gatal lagi :p

HOMEMADE CARBONARA BY CHEF WANY ;) hahaha *chef sangat.


Ahhaaa, Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh! Nampak tak tajuk entri harini? Hahahaha, kelassss sangat kau. Harini gua bosan dan gua saje test test bakat terpendam gua yang sudah lama gua peram, kira nak tunjuk skill kat ma dengan ayah lah ni sambil sambil praktis nak jadi bakal surirumah, hahaha hado? Haaa harini aku telah bercadang nak buat creamy carbonara tapi dengan resepi campak campak aku sendiri. Nak resepi? Bole no problem, sharing is caring kan ;) Okay sekarang ni sosnya da siap, tinggal rebus spaghetti nya sajaaa. Aku pilih fettucinie sebagai spaghetti untuk carbonara aku harini, yuk tengok resepi!


Fettucinie Creamy Carbonara
Bahan - bahan :




Okay, firstly kita perlukan ini. Iaitu Fettuccinie, korang nak guna spaghetti lain pattern pun bole. Ikut selera memasing ye, tapi bagi aku kalau carbonara fettuccine lagi best. Hehe.
Next adalah susu segar, tak kisahlah ape brand pun sekali pun asalkan susu segar dan full cream lagi sedap. Nanti korang punya sos carbonara tu pun bercream cream lah :)


Okay seterusnya adalah daging ayam cincang, ni pun tak kisahlah korang nak beli brand ape pun. Nak letak daging pun boleh, sausage boleh. Ikut pada kehendak nafsu makan koranglah. haha.
Haaa, yang ini cili api. Kalau ikutkan resepi sebenar takdenya orang masuk cili api dalam carbonara. Tapi disebabkan ayah aku ni tak suka kalau tak pedas so kita kasi pedas sikitlah. Kita blend cili ni eh.
Cheddar cheese, ini untuk melemakkan lagi sos korang tu, kalau nak bubuh cheese lain pun bole macam parmesan ke kan. Tapi aku guna cheddar je, senang nak cari. Hehe.
Yang ini bawang Holland katanya, bawang ni sedap manis. So aku guna bawang ni untuk menumis. Nak tambah bawang putih dan bawang merah pun boleh. Takde masalah :)
Serbuk oregano, serbuk ni nak bubuh pun boleh taknak pun okay je. Sebab serbuk ni dia nak lebih merasa kepada italian haaa gitu kan. Ade je jual kat mall bole cari dan bole simpan lama. Sebab guna pun sikit sikit kan.
Lada putih, just menambahkan rasa. Lada hitam pun bole ye kawan kawan. Tak bubuh pun bolehhh. Hehe no problem, benda bole settle.
Kiub ayam, untuk bagi rasa kat sos kita tu. Aku beli 2 biji je, yang ade jual satu kotak tu kan. Bancuh terus dengan air panas, senang sikit nanti.
Tepung jagung ni, dia untuk pekatkan sos carbonara tu. Kalau cair je cam tak best gak kan? So buh sikit bancuhan tepung jagung ni, jangan banyak sangat lak. Nanti pekat gilaa pulak. hehe.
Finally is cendawan shittake, cendawan ni ade jual yang basah and yang kering. So depend kepada koranglah kan nak beli yang basah atau yang kering. Kalau aku nak senang aku beli yang basah je, sebab kalau yang kering tu kena rendam lama sikit bagi dia kembang. Cendawan ni ade je jual kat mall, hehe bole cariii :D

Alright, tadi tu bahan-bahannya. Now kita ke cara nak membuat sos carbonara. Yukkkk! 
  • Mula mula sekali, tumiskan bawang holland tadi sehingga keperang-perangan dan selepas itu masukkan cili api ( Kalau nak pedas, kalau taknak takpayah masuk okay ).
  • Selepas itu, masukkan ayam cincang tadi tu. Gaul dalam 2 3 minit agak agak macam dah masak tu kan masukkan pulak kiub ayam yang dah siap dibancuh tadi tu.
  • Lepas masuk kiub ayam terus masukkan susu segar tadi. Ikut kuantiti ye, kalau ramai nak masuk 1 botol pun boleh :)
  • Okay, kacau kacau dan kacau kemudian masukkan bancuhan tepung jagung tadi tu ( Bagi pekat ) disertakan dengan cheddar cheese. Koyak koyakkan cheese tu biar cepat sikit cairnya.
  • Kemudian masukkan cendawan shittake ( Makesure cendawan tu dibasuh dahulu dan dipotong 2 ). Kalau korang nak guna cendawan butang yang dalam tin tu pun boleh tau.
  • Masukkan lada hitam atau lada putih untuk lebih enakkan sikit rasanya. Dan akhir sekali masukkan serbuk oregano. Dah siap sosnya.
  • Haaa bila sos dah siap spaghettinya jangan tak rebus pulak. Hehe, rebus fettuccinie tu dengan air mendidih dan masuk olive oil sikit supaya dia tak melakat bila da siap nanti.
  • Okay done! dah bole hidang dan makan. lagi sedap kalau makan time panas panas. Yummy! SELAMAT MENCUBAAA!! :)



TARAAAA! Dah siap, rasa dia? Haruslah sedap, dengan lemak bercreamnyaa. Haha. Good Luck!


Yang sebenarnya, ini cubaan pertama aku untuk sos carbonara ni. Alhamdulillah ade rasa, kira boleh jual lah. haha. Biasa aku buat sos bolognaise je takpun beli yang ready made prego tu kan? Tapi nakkan kelainan so aku bikin sendiri sosnya dengan resepi sendiri. Boleh tahan lah, not bad. Belum cuba belum tau kan? hehe. So rajin rajinlah cubaa ;) Baiklah mungkin entri chef aku sampai sini je, ade resepi baru akan aku share disini ye. InsyaAllah, Wassalam :) 

Monday, 9 September 2013

Rokok? Kenapa dengan rokok? Bahaya ke rokok tu? Tapi asal dorang hisap rokok? Dan kenapa topik rokok? -..-

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :) Terus kita ke segmen "ROKOK" sebelum itu, aku menyusun 10 jari meminta maaf sekiranya kot ade yang terbaca dan terasa dengan topik entri aku kali ni. No heart feeling okay sayang sayang ku :* Hehe. Sebenarnya takde ape sangat pun dengan rokok ni, tapi aku asyik dok terfikir kenapa dorang hisap rokok dan kenapa kenapa kenapa? Haa nampak tak banyak kenapa tu? Haha. Okay Setelah dikaji aku adelah survey kawan kawan aku sendiri yang merokok ni, mostly yang merokok adalah lelaki dan antara jawapan jawapan dari survey aku adalah seperti berikut, hehe :p



  • Tak 'Macho' lah kalau lelaki tak merokok -,- haha, aku gelak pun ada. Sebab jawapan dia macam tak ngam je rasa. Nak je aku tanya habis kalau kau hisap rokok kau nampak 'macho' lah? No heart feeling kan? so aku hentikan hajat aku tuh. Tapi kawan yg aku tanya tu memang 'Macho' tak dinafikan. Hehehe ;)

  • Hilangkan stress/tertekan, Itu cara terbaik ke? Memang hilang ke stress tu kalau merokok? Hmmm aku sendiri taktau sebab aku tak merokok kan. Tapi kalau betul hilangkan stress lepas ni bole lah aku merokok sebab dah ade alasan. Aku ni hari hari stress wehh -..-

  • Rasa tak best sebab semua kawan hisap rokok, haa yang ni aku tak berapa nak berkenanlah kan dengan jaawapan dia. Kira terpengaruhlah tu, biar lantaklah kawan kau yang hisap yang kau nak ikut sekali kenapa kan? No no no, tak baik untuk kesihatan lah kawan. Aku sayang kot kawan kawan aku, serious talk!

Okay itu antara jawapan sebab kenapa dorang merokok dari beberapa kenalan aku. Yaa aku faham kalau benda tu dah sebati dengan rutin harian mereka memang susah nak stop tak aku nafikan. Aku bukannya anti dengan orang hisap rokok ni, sebab ayah, abang, atuk, pakcik pakcik aku ade je yang merokok heavy smoker lagi. Nasihat pun buat dekk je memasing nak buat macam mana. Tapi yang aku tak suka tu bila perangai, yang konon kata hisap rokok nampak macho tu lepastu nampak perempuan duk sembur sembur asap rokok tu kat muka, dah tu kenapa? Macam tu macho ke kawan? Lepas tu ingat aku nak diam? Silap besarlah kau, kena lah sound 2 3 das. Siap aku suruh dia kunyah rokok tu, nasib tau minta maaf. Yelah manusia  ada egonya nampak perempuan lagi tinggi tinggi ego korang kan. Tapiiii haa ade tapi tu, tak semua macam tu. Ada sesetengah yang tak matang je berperangai macam tu. Ada yang okay tu memang sangat okay dia respect orang yang tak merokok sebagai contoh bila nak merokok dia hala ketempat lain takpun pergi jauh sikit taknak orang yang tak merokok tu hadap asap rokok dorang tu kan. Sebab ape dorang buat macam tu? Sebab orang yang macam ni matang pandai berfikir, walaupun dia tau rokok tu merbahayakan kesihatan tapi dia fikir biar jela kesihatan dia yang bahaya jangan libatkan orang lain. Kira baguslah orang macam tu kan, dia ade gak rasa hormat dan rasa risau untuk kesihatan orang lain lagi lagi orang yang dia sayang, Ofcourse lah!

Tapi kalau jenis nak menunjuk nunjuk tu faham faham jela macam mana gelagat dorang, selalu yang macam ni budak budak sekolah je budak bawah umur yang baru nak belajar merokok dia eksen lebih yelahh dah besarr kan. Aku bgtau abah kau baru kau tau dik. Huh. Itu yang lelaki memang perkara biasalah kalau lelaki tu merokok kan, ni yang tak manisnya bila perempuan. Perempuan? alahai, sayangnya awak tu. Muka cantik dah manis je rupaa sweet sweet gitu tapi hisap rokok :( Sedih saya ni tau. Ade je kawan aku perempuan yang merokok, aku tengok aku peratikan jee. Kesian ade sedih pun ade, kesian bila dorang kata dorang merokok sebab stress dengan family problem hidup hura hara kacau bilau. Ade yang kata 'frust' sebab baru clash dengan bf, yang ini aku sedih. Kumbang bukan seekor awak, memang susah nak lupakan orang yang kita sayang tapi jodoh pertemuan ajal maut kan ditangan Tuhan ;) Serahkan je pada takdir, InsyaAllah :') Sayang tau kalau perempuan ni merokok, banyak bad effect dia. Sekarang masa muda memang tak nampak ape bad effect dia, nanti dah kawin, dah berumur sikit barulah nak menyesal. Masa tu tak guna dah sebab benda dah terjadi menangis airmata darah sekalipun takde erti. So kepada awak yang ade gf merokok tu nasihatkanlah dia, janganlah dok syok sama join sekali hisap rokok tiu, dah ade geng kan. Bahaya okay!

Aku niat sebenarnya nak nasihat, tapi kalau nak nasihat sorang sorang memang jenuh sebab ramai sangat kawan aku tu yang merokok. Ni haa ayah dengan abang aku sendiri pun merokok sampai tak terlarat dah nak nasihat. Cuma kalau boleh cuba, cuba okay? Cuba perlahan lahan stop merokok tu, kalau rasa memang tak boleh sangat nak stop merokok tu terserahlah. Nak buat macam mana kan. Tapi tolonglah banteras kawan kawan perempuan yang merokok tu, bahaya sangat untuk dorang bila dorang dah kawin and pregnant nanti. Ingat eh, sementara ada ni bolehla saling ingat mengingati ;) Sampai sini dulu entri aku untuk hari ini, maaf kalau ade terkasar kata yee ;) Aku manusia lemah kerap melakukan kesilapan. Hehe, InsyaAllah ada masa kita update dengan post yang hangat hangit gitu okay! hahaha. Wassalam ;)

JOMMMMMMM! :*

Saturday, 7 September 2013

Best day with my sayang's :*

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh, Happy Sabtuday! ;) How u guys todayy? goooddd? :D heee. Yes, harap harap good belaka la ye ;) yeay harini hariku diisi dengan aktiviti yang tak berapa nak baik bersama cousin dan adikku. Ehem ehem maksud tak baik tu bukan yang negative okay ;) take it easy guys :* Nak tau tak kitorang g mane harinii???? Nak nak! hahaha, syok sendiri sangat. Okay tadi kitorang g ioi je pun, tak kemana dan takde ape yang best sangat sebenarnya. Yang jadikannya best adalah bila kitorangg keluar bersama gila sawan sengal tu semua keluar, walaupun bertiga je. Lain semua busy ape bole buat kan :/ Tapi bertiga pun dah cukup gamat rasanya. Hehe. Kitorang g karaoke, makan makan sampai macam nak pecah dah perut ni haa. Tapi memang enjoylah, hilang stress frust semua terjerit jerit takde sape yang nampak. Buruk ke baik time tu je yang nampak keluar je karaoke back to ayu balik. Hahaha, nampak tak hipokrit? Okay abaikan~ karaoke sampai sakit tekak semua, perut dah mengah mentang mentang makan buffet harini bedal je semua yang ada sampai orang yang jaga buffet tu pandang serong je kat kitorang. Haha, ade aku kisah? Aku bayar hokayy! Lepastu terbeliak beliak biji mata nak menghabiskannya, hahaha tamak sangat memasingnyaa nah rasakan kauuu! Settle karaoke dalam beberapa puluh buah lagu tu fuhhh! gerak jalan jalan tawaf ioi pulak. Perangai sangat memasingkan, usik sini usik sana tak reti duk diam dah rupanyaa tapi ayu still cover baikkk punya. Puas berjalan lapar lagi, dah nak makan pizza pulak. Ape lagi jalanlah ke pizza, oder tu oder ni. Haih badan kecik je nafsu bukan main nak balik semua tak larat nak bangun, termasuklah akunya pun :3 Drive pun terkedek kedek rasa macam bawak gajah je beratnyaa kereta belakang bengkek duk main cucuk cucuk, ahh ingat aku heran? Lantak hang ler aku tak larat nak melayan. Bole macam tu kan? Hehehe bukan selalu kekadang je, jangan marah yer kereta belakang :* Haih menaip pun rasa malasss je ni, mengantuk mata pun ada tapi perut berdondang macam nak nasi adoiii :/ Nak tengok gambar tadi?? :D hehe jom scroll bawah ;)







Hahaha, dah puas menggila inilah hasilnya. kalau boleh tangan tu tak lekang dari kamera hantu sangat dengan kamera. Macam macam pattern muka terhasil. Nasiblah buruk pun tapi comel tu adakan kan kan?? haha tauuu :p Okay samapi sini saja entri aku harini. Jumpa lagiiii~ Wassalam ;)

Friday, 6 September 2013

KAWAN, SAHABAT, MEMBER? yang pasti sahabat sejati sukar dicari :')

Assaalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, untuk entry kali ini aku akan memperkenalkan antara kawan kawan yang aku sayangi. Sebenarnya ikut pada tajuk kat atas tuuu kan kawan. sahabat, member adalah berbeza bagi pendapat aku. Itu pendapat akulah kan, korang aku taktau la pulak pendapatnya. lain orang lain rasa chill okay ;) Okay now kita bermula dengann kawan.

KAWAN
Okay, bagi aku kawan adelah seseorang yang ada dikala aku senang dan kadangkala lenyap dikala aku susah. Kawan ni boleh menolong tapi berkias, faham tak maksud aku? Yeee kita bole kawan dengan dia tapi tak bole jadikan sahabat. Kawan ni sebagai teman kita nak berborak, bertegur sapa dia lebih kurang macam tu je. Dan kawan ni senang je nak jumpa, lets see macam korang g wedding kawan korang/ sahabat korang la kan then adalah kawan kawan dia yang lain dari situ korang kenal kenal dan secara automatiknya korang da jadi kawan, minta fb, acc twitter, id wechat semua. Haaa itulah kawan kat mana mana pun kita bole jumpa. Kadangkala, nama dia ni kawan tapi kita tak bole percaya 100% sebab korang sendiri pernah dengar kan pepatah yang mengatakan 'kawan makan kawan'? betul tak? Soo sebelum memilih sahabat berkawan dahulu kenal betul betul, agak agak dia macam sejiwa je dengan kita kan go on jadi sahabat baik. InsyaAllah dunia akhirat, siapa tau ;)

SAHABAT
Now is sahabat. Ya ya ya sahabatlah yang paling susah kita nak cari sekarang ni. Sebab yang ada semuanya stok kawan kawan. Faham kan? sahabat ni dia seorang yang sentiasa ada bila kita perlukan tak kiralah kita susah, senang, gembira, sedih, murung dan lain lain. Sahabat nilah yang selalu bagi kita nasihat tanpa jemu tak kiralah dari apa apa hal sekalipun. Sahabat ni pun seorang yang penyabar kalau tak macam mana dia bole jadi sahabat kan. Sahabat adalah orang yang selalu ambil berat, risau, kisah pasal sahabatnya. Alangkah indahnya kalau aku ade sorang yang macam tu. Bukan nak kata yang aku ade sekarang ni tak baik/ tak bagus. Dorang semuaaaaaa baik baik belaka, betul iklhas dari hati aku tapi dorang masih belum boleh untuk dikategorikan sebagai seorang sahabat. Apetah lagi aku ni, lagilah macam tak layak je nak jadi sahabat orang :( aku sendiri sedar dan tau diri aku ni macam mana. hehe, InsyaAllah suatu hari aku akan ada juga insan yang bernama sahabat ;) Amin.

MEMBER
Member pulak? Okayyy member ni dia macam kebih kurang kawan je jugak, tapi member ni memang selalu akan muncul time kita happy happy, lepak lepak open table semua. Senang cerita time kita senanglah dia memang adaaa. Itu fungsi member, dan dalam masa yang sama dorang ni akan menggamatkan suasana. Kira suasana tak meriah la kalau takde dorang ni. Tapi bila korang susah ke sedih atau moody member ni ada gakk, tolong nak meriahkan suasana tapi apekan daya dia salah masa hahaha. Sebab dia ni sekadar member huhahuha bak kata mak aku. Dia tak pernah rasa sedih takpun kalau dia sedih dia jenis cool buat bodoh je kan. Haaa ni member, member ni kalau ade ramai pun takpe. Lagi ramai lagi best, lagi best lagi gilaa la kau! ahaha :D

Alright ni adalah sedikit sebanyak pendapat aku tentang kawan. sahabat dan member. Ingatttt ni ape yang aku rasa dan aku hadapi sendiri. Dan ini adalah pendapat aku takde kena mengena bagi yang hidup ataupun yang mati. Kot ade yang terasa atau terguris sepuluh jari aku susun meminta maaf. Sebab setiap manusia sering melakukan kesilapan antara sedar atau tak. Jadi Anggap saja entry kali ini sekadar renungan kita bersama dan anggap sahaja ianya pengalaman aku ;) jadi renung renungkan dan selamat beramal. Wassalam.
Jom intai gambar kawan kawan aku kat bawah ni. Nak show off sikit :* haha.


okay ni masa Gathering Ex25 dekat Quality hotel. hehe. Kitorang overnight kat sana sebab lama sangat tak jumpa dan rindu yang tersangat! :* bersama sama Kak Ina, Kak Wanie, Kak Aisyah, dan Dekna. Love them ;)

Masa ni pulak time openhouse & birthday party Mizah. Dia yang baju merah tu ;) hehe. Ni semua adalah classmate time kat college dulu and ade jugak exHousemate. Kat situ ade Buya, mummy Siti, Mizah, Anis, Mya, Dekna and Kak Wanie :*

Haaaa yang ayu ayu kat atas ni termasuk aku adalah kawan sekolah menengah. Hahaha *ayu kee? :p time ni kitorang tengah sakan beraya kerlasss sangat kan? okay dari kiri Tia, Fazren, Elizah dan Nisaa ;)

Time ni pulak time raya jugak, tahun ni 2013. Masa ni rumah Etot ada openhouse. Dorang ni seeemuaa 1 sekolah dengan aku hehe. Memang gamat suasan kalau ade dorang ni. Dari kiri ade Wawa, Mal, Zam, Aimran, Etot, Ida, Nisa, Hawa, Amin dan Rauf ;)

Next! hehe, ni kawan college i :) time class restauran operation. Bajet bakal bakal chef la semua ni. hahaha ;) Dorang sangat happening dan sangat tersangatlah cool. From right kita ade Ira, Yanie, Ieqa, Wanny, Ain, Ejoy, Taufiq and Fatin ;) Rindu korang !

Ini adalah saat saat yang kami nantikan, iaitu Graduation Day. Alhamdulillah, akhirnya setelah 3 tahun kami berkampung kat PTPL tu ;) semuanya happy tak terkata kan? tengok raut wajah pun dah tau. Ada lagi sebenarnya yang lain, tapi semua kat gambar lain lah. Okay dari kiri Mummy Eqa, Anis, Izni dan Mummy Siti ;) Yang ada Mummy tu adalah bakal Mummy dan ade yang da jadi Mummy pun ;) Congratss dear sayang :*

Okay tim ni pulak time aku berjimba bersama exHousemate rumah 21, yang kat atas sekali tu rumah 25. hehe, ramai nau haousematenya kann :p kitorang g makan steamboat kat Seoul Garden sampai perut nak pecah pastu enjoy jalan jalan tangkap gambar. Dah settle satu hari. haha Missyouuu Biela and Keisha ;)

Taraaaaa! yang ini lagi best dan sangat best. Lebih kurang 8/9 tahun ktorang tak jumpa okay. Ni semua kawan kawan time sekolah rendah masa kat Petaling Jaya dulu. Luckily ade Fb bole cari kan. Hee, memang lainlah memasing. Ade ramai lagi tapi semua ade comitment masng masing kan. It's okay ;) Time ni yang ade Syarfa, Afiq, Anis, dan Afizah. Good Luck korang!!

Alrighttt, gambar terakhir ;) hehe, ni masa aku buat praktikal pertama kat Golden Straits Villas Port Dickson. Time ni Farewell dorang da nak abis praktikal :( tinggal aku je pastu. Huhu :') jejaka kat sebelah aku tu semua baik baik dan kacak belaka. Hehe dari kiri Yuyum, Raffi, Supry, Amy, Izni, Siti dan Sarah ;) Rindunyyaaaa kat dorang ni :( InsyaAllah ade rezeki kita jumpa okay :*


Alhamdulillah, inilah sedikit sebanyak kawan kawan yang aku ada. Sebenarnya ramaaaaaii lagi tau. Tapi nanti banyak sangt lak gambarnye, jenuh lak nak tengok tengok kan? Takpela yang lain tu takde dalam entry aku tapi sentiasa ade dalam hati aku yang kecik comel ni. Hahahaha, InsyaAllah. Jangan terasa hati, jangan terguris mahupun tersentuh ;) Saya Sayang kawan kawan saya tau. So nasihat untuk korang jaga diri, jaga makan, jaga kesihatan dan jaga agama kita. Itu yang penting. jumpa lagi di next entry. Wassalam ;)


Sekeping? Itu sangat kureng asam hokay! -_-

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh :D hehe Salam Jumaat buat semuanyaaa ;) Apa khabar kalian? harap harap semua dalam keadaan yang asyik asyik saja dong. Dah makan? aku? Alhamdulillah, baru je lepas makan bersama ayah tercintaaa haa gitu. Kau hado?? haha. Harini ma masak menu Tomyam tumis beserta sambal tempoyak petai, wahh serious gila heavennn aku dok umah ni. Makan banyak kuat macam ape dah, tapi badan cenggini jee :( ade orang dok gelor badan aku sekeping -,- sekeping sangat ke??? Hellloooooo ini bukan sekeping okay ini orang panggil slimm fahamla sikit, tak pandai lansung nak jaga hati aku bikin stress saja. Mencik aku sama dia bha! haaa lepastu suruh aku berisi sikit? err dulu aku da pernah berisilah, bukan ape kalau kita dah sekali berisi ni nak kecikkan balik badan ni dah payoh, mulalah dok cari ubat kurus, pil, pergi exercise, slimworld bagai haa aku taknaklah macam tu dan aku rasa dengan keadaan yang dia panggil sekeping ni pun dah okay sebenarnya. Senang nak lompat kalau ade lipas bawah kaki, senang nak lari kalau ade anjing kejar senang nak memanjat kalau naik gunung kan kan? kat situ dah ade kelebihan, nak pilih baju seluar pun senang. Aku kalau dah berisi tu takde istilah berisi sikit sikitnyaa, bila nafsu makan dah membuak time tu jangan nak suruh aku kecikkan sikit eh semua tu ade yang kena baling dengan pinggan jap lagi. Hahaha, hmmm mostly kawan lelaki aku semua kata sedemikian, cakap aku kurus sangatlah, tak cukup makanlah keji kan dorang?? nasib kawan je, kalau tak dah lama aku bahasakan huahuahua saaakit pulak hati kite ni tau :3 Sekarang aku nekad biarlah badan aku cenggini je, kalau nak membesar pun bolehla tapi siiiikit je taknak ketara sangat bahaya ohhh. Nanti nak buat keje tu keje ni semua tak larat, dah tak best macam tu. Lagipun aku dah biasa dengan badan slim gini. Hahahaha, jangan jeles. Eh tapi ade je kawan kawan aku yang dok jeles dengan kekepingan aku ni, dorang jeles sebab badan dorang tak macam badan aku siap minta tukar badan lagi. Yang tu macam mana pulakk? hehe, sebenarnya citarasa manusia ni berbeza beza, pandangan dorang ni bukannya samaaaa je semua mesti ade gak yang demand melebih kan. Tapiii ade ke aku kisah? selagi aku tak kacau nasi orang aku tetap bahagia walaupun aku sekeping ke, keding ke tiang elektrik ke pape jelah aku happy dengan life aku. So pada sesiapa yang berani sangat nak kacau life aku baik korang berjaga jaga sebab aku takkan duduk diammm. Hahahaha *evil laugh. What goes around comes around tudiaaa peribahasa jawa. Jaga jaga de yang memerhati :p sudahlah terbahak bahak aku ketawa bila memikirkannya, mohla kita santai santai dahulu di atas tilam yang empuk dan lembut ini wahhh. Hah yang belum solat Zohor tu p la solat dulu naa, dah pukul berapa dah ni. Dan aku tau sape sangat yang suka lewat lewatkkan solat tu. Terasalah kau wahai manusia fuhhh! hahaha. Jumpa lagi di next entry ;) Wassalam.

Sekeping? ni marah ni, Sekeping macam kat bawah ni haaaaaaa!!!!

Ni baru sekeping, Ade faham? Huh. So yang aku adelah kategori dibawah ;) hehe
Yes, aku kategori ini. Iaitu langsing atau slim sekian ;)

Thursday, 5 September 2013

Hamba sangat kebosanan diketika ini :3




Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh ;) haaaaa disebabkan aku amatlah kebosanan harini so aku akan mengongsikan sebuah lagu untuk membe membe yang tengah bosang gak supo aku la ni. Haaha :p tajuknyaa Tetap Menantimu by Nomad (keynote). Ahhh dia kacak kot mukin ala ala chinese look gitu, suara pun agak mantap. Memula aku ingat Nubhan yang nyanyi lagu ni, kes tak puas hati search punya search sampaila jumpaaa yeayy! Nilah dia atau nama sebenarnya Alief Ayub, dia sangat cool orangnyaa macam mane aku tau? aku friend dengan dia kat Fb and dia tak pernah sombong bila ditegur, cool kan? haha memang punn ;) Dia ni ade masuk rancangan reality keynote dulu kat astro ria. Siapa yang layan tau la kot, time nie aku masih gemar menonton tv so aku tau la sikit sikit kan. Hehe, dalam keynote tu dorang akan cipta lagu dan muzik tarraaa agak lamaa jugak barulah muncul nomad punya lagu. Okay antara artis artis keynote yang lagunya ada diputarkan di radio adalah Fynn Jamal and Keroz Nazri, lagu dorang pun best best gak tau. Nanti free free cer dengar ;) tak sangka lama dorang ni mendiamkan diri rupa rupanyaa ade lagu yang awesome cenggini, no wonderlah! hehe. Serious ianya sangat syahdu dan sedap didengar, buat lagu tidur pun boleh. Haihhh, kan best kalau ade orang dedicated kan lagu ni ke aku hahaha, berangan seketika :p ahhh tak kisahlah pape pun, tapi lagu ni best! Sangat sangat okay :D just sharing, sape nak layan layanlah, sape yang taknak layan KBYE! haha. Okay sudah, gerak dulu :) Wassalam.

                                                                     
Okayyy! Inilah nomad, atau nama betul dia Alief Ayub. Handsome kann? Tauuu. haha ;)