Friday, 19 May 2017

Ladiess! Jauhi suami orang

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Rabu. Hahahahaha. Hari ini 17/5/2017, jam menunjukkan pukul 2:59pm dan aiiii is very very very mengantuk tahap gile babeng tak hingat. Maka dengan itu, tercetuslah idea untuk melawat belogg ai yang kerap dipinggirkan ini. Huhuhu. So how your dayyy gaiss??? Hope semuanya baik baik saja dehh ;) Ai pun okay je ni, even ai rasa macam kepala hotak ni serabut sangat. Tapi not sure serabut pasal hape. Puas gak dok fikir -_- Tapi ai jenis lantak lah hahahaha, dah tak mampu nak fikir.

Alright! Entry kali ni perasan tak macam sesuatu? hahahahaha, entahlahh nakk ai pun taktau kenapa idea ini yang keluar. Mungkin banyak kali TERkena kot. Ops hahahha. Tapi memang awal awal ai pesan especially for gadis yang masih belum berkahwin, please please & please jauhi suami orang. Memang kata 'kalau dah jodoh' tapiii kalau boleh elak pleaselahhhh sangat sangat elakkan. Bukan apa, takut nanti kena balik kat kita dikemudian hari, tu je. Lagipun korang tak kesian ke dekat wife lelaki tu?? Perempuan jugak k, sama macam korang, macam aii ni haa. Kesian kannn hmm :( Tapi entahlahhh, kekadang ada jenis perempuan yang tak heran status suami orang tu, main nak sebat je. Tak baiklah weii serius tak baik ish ish ish. Yang lelakinya pun takyah cakap lah, mengayat bajet macam single bujang tra tang tangg. Padahal bini dengan 3 anak ada dok kat rumah tu haa tengah tengok tv, yang kau?? menggatal cari anak dara lain. Jadah ape?? Masa mula mula nak ngorat wife kau dulu kemain gak mengayat. Sudah sudah lahhh weiii.

Ai punya cerita ni pun base on my own experience jugak, selalu je terkena. Tapi ai sempat kaji sebelum jauh tersasar kahkahkah. Ai kuat stalk ok, ai memang takut gile kalau sangkut dengan suami orang ni. Bukan je suami orang, even boyfriend orang pun ai takut kalau ai TERRRambil atau TERRRRcuri. Benda first yang ai akan fikir dulu adalah hati wife/girlfriend lelaki tu. Mesti hancur luluh gile kan bila dapat tau suami/boyfriend dia curang kat belakang? Nauzubillah, mintak jauh k gaiss. Ai ade je kenal dengan bebebebeberapa orang suami orang ni hahaha, yang pada mulanya ai ingat dorang ni belum kahwin ok! Lagak memang tak nampak macam bapakk orang lansung. Nampak tak banyak dia punya beberapa tu??? hahaha Memula ai taktau pun dia suami orang, tengok mengayat semacam je so ai pun nekad gigih stalk identiti lelaki tersebut sampai dapat hahaha bukan ape risau termakan ayat dia je. Bahaya weiiiii bahaya. Bila dah dapat tau kan, maka ai perlahan lahan blah dan sindir kasi panas pastu block! Hahahah puas wei hati serius. Ai kekadang terfikir, masa dorang dok syahdu mengayat permpuan lain tu dorang ade tak ingat wife dia kat rumah? Anak anak dorang? Eeeee tolonglah ekkk, jadi lelaki biar yang bertanggungjawab sikit, jangan keje nak hancurkan hati orang je terutama sekali perempuan. Masa belum dapat bukan main ayat melambung tinggi, lautan api sanggup redah, hanya kau yang kucinta bla bla bla, kau yang pertama n terakhir lah konon. Last last, dah dapat dah kahwin anak ade 3 boleh pulakkk merewang cari lain -_- 

Sebenarnya ai pun takdelah 100% nak salahkan lelaki, kekadang ada juga perempuan yang dah tau berkawan dengan lelaki yang berstatus suami orang tapi tak jaga batas. Jenis tak sedar diri asyikk nak menggoda. Desperate sangat pun janganlah dengan suami orang. Agak agaklah kakkk, ramai lagi yang solo rasanya. Suami orang jugak dia nak goda kenyit mata bagai. Kes macam ni banyak sangat jadi, yang jadi depan mata ai pun ada. Pastu yang kite pun bagilah nasihat itu ini konon deme nak dengarlah & pertimbangkan ke. Memang idokklerrr weii, dia buat bodo lagu tu gakk. Lagi menjadi jadi kegatalannya. Taktau dah nak kata apa, kau hadap jelah risikonya nanti. Langit tak selalunya cerah awakkk, sepandai pandai tupai melompat ke tanah jugak jatuhnyaa. Mungkin akibatnya tak dapat sekarang, akan datang??? Janganlah cakap macam awak tu besar sangat kat dunia ni, tak baikk ;) Jadinya, sebelum perkara buruk menjadi semakin buruk better korang yang perempuan perempuan ni elakkan diri dari bergaul dengan kawan kawan lelaki yang berstatus suami orang tu. Tolongggggg sangat, ai is merayu ok! Kalau atas dasar kerja please professional, jangan nak tangkap cintan rindu apelah bagai. Sebab bila sekali kau dah terungkap ayat ayat cintan cintun ni confirm!! akan berlarutan. Trust me. Ai taknak kaum sejenis ai terjebak, dipandang buruk oleh masyarakat bila jadi kes rampas rembat suami orang dan lain lain lagi ni, cerita macam ni nampak sangat tak manis. Kesianlah kat orang yang terluka sengsara akibat perbuatan macam ni, macam mana wife anak anak pendam rasa sakit hati tu. Ada yang jenis nak pertahankan rumah tangga sanggup hadap je cerita suami dia dok menggeletis dengan permpuan lain walaupun hati tu retak sangat demi anak anak katanya. Memang tabah jenis perempuan cam gini, ai pun tak setabah tu rasanya :'(

Oleh itu, kita sebagai WANITA, GADIS, PEREMPUAN kenalah pertahankan maruah kita. Jaga pergaulan kita, even kita suka pun kat someone yang berstatus suami orang tu tolonglah lupakan hasrat tuu. Fikir kedepan dan masa depan kita sendiri, perasaan tu kita boleh kawal. Maka kawal lah sebaiknya, kalau ada lelaki nak berkawan nak kenal kenal ke ape makesure korang selidik latar belakang dorang sedetail detailsnya (kau tgk ayat aku hahahah) kalau korang taknak benda macam ni jadilah kan. Bila dah selidik memang dah confirm dia bukan suami orang, then boleh teruskan je relationship korang tu. Dan ai doakan semoga korang berbahagia hendaknyaaaa gittew Aminn. Dann kepada suami suami orang yang rasa kau suami orang dah kahwin ada anak semua, tolong behave ye. Tolong fikir perasaan wife & anak anak kau sebelum kau bertindak nak pasang scandal ke perempuan simpanan bla bla bla. Kau kena ingat tau, kau tak selamanya muda haaa. Ingat sekarang macho dah tua nanti pun macho ke weii? Sekarang memang semua perempuan nak pandang, nanti dah tua ada? Isteri kau tulah yang bela kau nanti, jadi sedor sikit. Simbah air kat muka tu bagi sedor. Sama sama banteras k, yang perempuan elak yang si lelaki pulak kawal. Kawal rasa gatal korang tu, walaupun kau digoda dengan begitu tragis sekali. Cuba pertahankan iman tu. Kalau dah tak tahan ai takleh cakap ape. Tu dah jadi cerita antara korang lah hahahaha. Ai sebagai seorang perempuan ai cuma nak share ape pendapat & ape yang ai rasa je, yang nak terima nasihat dengan hati yang terbuka terima kasih sangat sangat ai ucapkan. Yang taknak terima sama sama ai ucapkan hahahaha, pandai pandailah kauu. Dah besarrrr! 

Baiklahhh, mungkin setakat ni je dulu coretan ai. Sesungguhnya apa yang ai coretkan ini tiada kena mengena untuk yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Ini semua pengalaman, rasa & hasil dari pemantauan ai sendiri. Bagi yang terasa ai mohon kemaafan, nak puasa dah nii. Maafkanlah ekk?? hehehe. Ai memang takde niat nak sakitkan hati mana mana pihak pun. So sekian sahaja, Wassaalam. See yah! <3

No comments:

Post a Comment